CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kisah Cinta Umpama Cerita Disney, Zulin Aziz Sah Bergelar Isteri

20-2-2022 01:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9655| Komen: 86|Original author: Tatod

Sumber Kopi Planet


Beberapa kali melalui fasa patah hati, pelakon Zulin Aziz, 33, akhirnya sah bergelar isteri kepada rakan perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Negara jam 9.20 pagi, tadi (Ahad).


Pasangan berkenaan diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz dan dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.


Pemilik nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 dengan mas kahwin RM80 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihao pengantin perempuan.


Sumber Kopi Planet


Majlis berkenaan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).


Memetik laporan Kopi Planet, wanita itu berharap rumah tangganya pada hari-hari mendatang akan dipermudahkan.



"Saya digambarkan dengan kisah cinta sejati seperti fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara satu sama lain. Tetapi, sebelum bersatu, banyak dugaan ditempuhi. Dunia realiti, saya sendiri melalui kepahitan dalam mencari cinta sejati.



"Kehadiran suami dua tahun lalu seperti magik. Umpama pelangi yang datang selepas hujan mengakhiri  kemarau panas berpanjangan. Hujung tahun lalu, dia melamar saya di Madinah ketika mengerjakan Umrah," kata Zulin.


Kesungguhan dan ketulusan Farhan berjaya menambat hatinya. Zulin menyifatkan suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pendengar setia menyebabkan pelakon itu selesa meluahkan apa saja kepada lelaki itu.


"Dia menerima saya seadanya dari zaman saya berisi sehinggalah berjaya menurunkan berat badan. Saya yakin, dia mampu membimbing saya ke jalan yang diredai dan menjadi bapa kepada bakal abak kami nanti. Insya-Allah," katanya.



Merancang untuk berbulan madu di Turki, bagaimanapun belum ada kata putus memandangkan keadaan pandemik yang masih membimbangkan.


Sementara itu, Farhan meluahkan rasa syukur dan gembira kerana memenuhi hajat daripada arwah ibunya.



"Dia ada bersama saya ketika saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup ketika kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.


"Dari detik itulah saya sedar, dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Arwah ibu pernah pesan , cari isteri yang boleh jaga saya seperti arwah menjaga saya dan Zulin ada semua ciri-ciri itu.


"Alhamdulillah, kami disatukan selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan seterusnya bercinta dan kini suami isteri," katanya.








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayray28 20-2-2022 01:37 PM
tahniah...akhirnya mimpi jadi kenyataan moga tidaklah terdampar lagi..bahagia ke anak cucu cicit
Quote JalaEmas 20-2-2022 01:38 PM
kisah disney yg mane satu ek..btw congrats.
Quote Minami2013 20-2-2022 01:38 PM
Tahniah.. moga kekal bahagia hingga ke syurga.
Quote dudaberhias 20-2-2022 01:41 PM
JalaEmas replied at 20-2-2022 01:38 PM
kisah disney yg mane satu ek..btw congrats.

tu la... kisah disney yang mana satu eh?
tak silap kaka takde plak citer disney yang ada plot sedemikian

1. gosip pasal jantan selalu
2. tak jadi kahwin

mula2 kaka hanya hengat citer beauty and the beast je... tapi tak baik pulak pitenah beauty and the beast...
Quote dudaberhias 20-2-2022 01:43 PM
btw tahniah zulin... semoga bahagia hingga ke anak cucu cicit... heshe memang layak untuk bahagia setelah kian lama kena game oleh jejan...
Quote irvene 20-2-2022 01:48 PM
setelah penat berlelah pasal jantan. akhirnya, berjaya jugak jadi isteri kepada lelaki yg agak tampan. jadik startegik ko julin!
Quote Mawar91 20-2-2022 01:48 PM
Tahniah ye Zulin.Semoga bahagia till Jannah gitu.Tggu Wany pulak nak kwen.
Quote Suchi 20-2-2022 01:49 PM
Tahniah zulin dan pasangan..selamat hari raya moga kekal hingga ke akhir hayat
Quote nakkomenjugak 20-2-2022 01:53 PM
so tips kevin samuels memang tip top la ni
alhamdulillah
dah tak lagi terdampar sorang
terdampar bersama laki sah sekarang
sujud sukurrrrr gitchewwww
Quote nura19 20-2-2022 02:05 PM
Tahniah tahniah
Quote azimodin 20-2-2022 02:11 PM
Alhamdulillah, ada la tempat nak terdampar
Quote 3chanceno 20-2-2022 02:17 PM
dudaberhias replied at 20-2-2022 01:41 PM
tu la... kisah disney yang mana satu eh?
tak silap kaka takde plak citer disney yang ada plot sede ...

Hahaha lawak lak komen kaka

Mungkin crita the ugly duckling tak?
Quote doubleharmonic 20-2-2022 02:18 PM
fefeling kisah disney little mermaid kerrr? sebab ko ada terdampar gituhh?
Quote 3chanceno 20-2-2022 02:18 PM
Tahniah Zulin & pasangan

@Normabaru - kaka mai lah tepung tawar perantin sambil ucap selamat
Quote dudaberhias 20-2-2022 02:22 PM
3chanceno replied at 20-2-2022 02:18 PM
Tahniah Zulin & pasangan

@Normabaru - kaka mai lah tepung tawar perantin sambil ucap selamat

ni iols masuk cemar duli dulu tabur2 garam dekat pengantin...


Quote Perawankota 20-2-2022 02:25 PM
Selamat pengantin baruuuu
Quote 3chanceno 20-2-2022 02:26 PM
dudaberhias replied at 20-2-2022 02:22 PM
ni iols masuk cemar duli dulu tabur2 garam dekat pengantin...

Hahahaha....tabur lebih sikit kaka siap dengan makan sirih

Terhibur baca komen2 & ucapan forumers, kreatip betul
Quote princessmiang 20-2-2022 02:29 PM
JalaEmas replied at 20-2-2022 01:38 PM
kisah disney yg mane satu ek..btw congrats.

Shrek & Fiona

Lol gurau je tahniah zulin terdampar
Quote hasniey 20-2-2022 02:32 PM
Alhmdulillah.tahniah akhirnya dpt juga  brgelar isteri.
Mmg ada prempuan yg tujuan utama hidup dia nk jd isteri org.sbb tu dia asik keluar cerita psl jantan je.
Semoga bahagia hingga hujung hayat

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056872 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top