Tular di TikTok video perkahwinan remaja lelaki dan perempuan masing-masing berusia 17 dan 16 tahun mencetuskan perdebatan warga maya mengatakan usia itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga. Menerusi akaun qiss.moyy_, dia meletakkan keterangan video bahawa perkahwinan berkenaan bertujuan untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak elok.
Gadis yang berkongsi rakaman persandingan sepupunya itu juga menyifatkan individu yang mengecam pernikahan remaja berkeanaan sebagai tidak matang. Bagaimanapun, warga maya mengingatkan bahawa perkahwinan itu bukan semata-mata untuk mengelakkan zina namun datang dengan rasa tanggungjawab. Tambahan pula, cabaran ekonomi pada masa kini agak besar sedangkan kedua-dua pasangan itu walaupun kedua-duanya sudah tidak bersekolah. Ada juga yang menyentuh usia remaja itu sebagai bawah umur berdasarkan undang-undang negara. Sebagai maklumat tambahan, pada 2010, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) pada ketika itu pernah memberikan kenyataan bahawa secara prinsipnya perkahwinan bawah umur boleh mengikut hukum syarak tetapi tidak boleh dilaksanakan sesuka hati kerana tertakluk di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002. (Sumber Mstar) Pada 2018, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu menggerakkan usaha menyelaraskan perundangan berkaitan di negara ini dalam menetapkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. (Sumber BH) Bagaimanapun, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, berkata adalah lebih baik perketatkan syarat perkahwinan kanak-kanak bawah umur dan bukannya mengharamkan terus. Syarat diperketatkan bagi mengurangkan statistik perkahwinan bawah umur namun kelonggaran untuk pihak lelaki yang ingin bertanggungjawab sekiranya pasangan hamil luar nikah, lapor FMT. - CARI |
mengecam pernikahan remaja berkeanaan sebagai tidak matang
ADVERTISEMENT