Baru-baru ini, viral mengenai kisah founder ESW yang berang apabila di 'scam' kek perkahwinan yang disangka dihiasi dengan batu swarovski. Dia dikatakan telah membayar kos hampir RM70,000 untuk kek tersebut, namun akhirnya cuma dapat kek tujuh tingkat yang dihiasi manik murah sahaja. Namun di sebalik insiden itu, rupanya ada lagi ‘drama’ yang menarik terjadi di majlis perkahwinan berkenaan.
Penyanyi Baby Shima merupakan antara artis yang sering diundang untuk membuat persembahan. Baby Shima yang menyampaikan sebuah lagu dangdut ketika majlis berlangsung mencuri tumpuan ramai tetamu disitu apabila dia rancak bergelek dengan salah seorang tetamu lelaki di atas pentas. Tiba-tiba, Baby Shima telah ditolak seorang lagi tetamu wanita yang kebetulan berada di atas pentas ketika persembahan itu. Mungkin tetamu itu kurang enak melihat aksi Baby Shima. Selepas ditolak, kelihatan Baby Shima seolah-olah give up dan teruskan nyanyian sambil duduk di hujung pelamin. Kini, video yang dimuat naik oleh Baby Shima di akaun Tiktok miliknya telah meraih lebih 3 juta tontonan. Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen risau melihat penyanyi itu jatuh tersungkur apabila tiba-tiba ditolak kerana berada berdekatan dengan tangga. Disebabkan ramai yang mempersoalkan tindakan tetamu wanita itu, Baby Shima kemudiaj menjelaskan bahawa lelaki yang bersamanya di atas pentas berkenaan sebenarnya sepupu kepada tetamu wanita terbabit. - CARI
|
miszclassique replied at 19-2-2022 08:12 PM
Mana ada 70K TT oi, 7K je kan... Sian, duit tak tebal tapi nak swarovski ori
OyaTonggek replied at 19-2-2022 10:13 PM
idak la nampak tolak..igtkan tolak menonggeng...ehhh sampahnye
dudaberhias replied at 20-2-2022 05:48 AM
mujur iols takde kat resepsi tu... kalau tidak dah tolak dah heshe sampai muka heshe terpenyet jad ...
ADVERTISEMENT