CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berangan! Dahsyat Sangat Ke Lakonan Miker? - Jinggo Bengang Pelakon Demand

19-2-2022 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3301| Komen: 20

Berikutan pendedahan Rashid Sibir mengenai pelakon yang meminta bayaran sehingga melebihi gaji pengarah itu sendiri, pelbagai reaksi dari pelbagai pihak turut dilontarkan termasuk Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir pelakon yang bersikap angkuh.


Menerusi hantaran di Instagram, Jinggo mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan pelakon yang dimaksudkan sehingga sanggup meminta bayaran yang tidak masuk di akal.


Kredit foto: IG Jinggo

Tambahnya lagi, dia turut menyifatkan pelakon tersebut bersikap kurang ajar kerana sanggup memutuskan panggilan telefon dengan rakannya itu.


Baru-baru ini, Rashid meluahkan rasa kecewa dengan ‘permintaan’ pelakon  yang ingin bayaran terlalu tinggi. 



Rashid juga mempersoalkan sikap pengurus pelakon tersebut yang bersikap angkuh dengan menetapkan syarat bahawa pelakon kendaliannya itu hanya boleh bekerja untuk beberapa jam sahaja dalam sehari.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 19-2-2022 03:38 PM
Malaysia ni negara kecik ja. industri pun kecik. modal pun terhad
artis kalau berlagak diva, move on jaa. jangan dilayan.
amik artis lain berlakon. ramai lagi nak job tu
takde pilihan, haa ko cari ja budak2 habis belajar dari sekolah seni tu. polish pelakon baru

senang kata, kalau artis perangai loqlaq, hang akan disapu dan dilupakan. sendu dan terbiar sepi

lagipun artis tahan berapa tahun ja kat Malaysia ni. setahun dua? tiga tahun?
pastu artis lain naik, orang tak pandang dah
Quote dudaberhias 19-2-2022 03:44 PM
retis2 berlagak diva elok lah terjunam... lepastu bila tua nanti susah tagih bantuan netizen2...

padahal waktu muda dulu kekwat... lepastu demand bayaran... bukan jenis nak kerja sungguh2 cari duit waktu muda.... maaf acik2 kerja MCD dan gomen lagi susah bekerja berbanding korang yang sekadar nak kena hadap panas terik paling kira susah pun waktu dalam set dengan stunt2 kalau buat sendiri... tapi industri malaysia ni takdenya stunt2 bagai kalau drama cinta cintun megah holding...

jadi untuk rezeki tu berkat maka terima la gaji layak dan setimpal dengan kerja korang buat...
ni industri malaysia nan kecik tapi demand gaji setara pelakon hollywood...

kalau acik pasar selayang boleh switch kerja dengan korang... deorang lebih rela pilih kerja korang...  rhoper korang pun busuk kepam... kulit muka menggerutu... wajah penuh sabut kelapa... makcik2 kat pasar siti khadijah tu pun kulit licin2... lagi layak deorang yang jadi pelakon...
Quote sleepandream 19-2-2022 03:56 PM
entahnyer... cari jela pelakon lain... kenapa nak terhegeh2 sgt?
ohhhh sebab stesen tv yang mintak nak pelakon tertentu khennnnn?
Quote auntyonion 19-2-2022 03:59 PM
Next kan aje..pelakon mcm cendawan tilumbuh lepas hujan..xyah merentan
Quote nakkomenjugak 19-2-2022 05:16 PM
lebih berminat nak tau siapa diva divana itewww
Quote fealefea 19-2-2022 06:11 PM
Pelakon yg disenaraikan tv ada 7 org je. Go figure. Hahaha
Quote KBW2 19-2-2022 06:26 PM
alah ko pun pengarah perahsantan jua.
Quote abadi84 19-2-2022 07:07 PM
Hahahhahahha
Apa igt ni Hollywood???
Quote heythere123 19-2-2022 07:14 PM
KBW2: alah ko pun pengarah perahsant ...


tu la pasal. Kalau director lain komplen i macam kesian la jugak, tapi ni sebab jenis pengarah yg terpaling, bagi iols padan muka dia
Quote Perawankota 20-2-2022 03:40 AM
Tapi production dorg memang x bayar tinggi kan, compare to production yg selalu dpt job asterokkkk
Quote Mulotkoyak 20-2-2022 08:15 AM
Yang demand ade dua kategori.
1.Yang muda tapi bayar nak mahal berlakon x setara mana.
2.Yang lama bayaran ciput, ni kategori kena tindas dgn pengarah dan penerbit Malaysia.
Quote acikbajuhijau 20-2-2022 08:18 AM
Ini kategori artis mana? Kalau dia betul betul top & berkualiti, mmg la mahal. Tapi part dia ckp terus letak phone je tu, itu biadap walaupun setinggi tinggi mana harga sekalipun, dia kena ada adab.
Quote uori 20-2-2022 08:24 AM
dorang pun tak banyak pilihan sebab stesen tv nakkan pelakon tu, kalau tak stesen tv takan beli produk dorang. pernah dengar kat sini retis tak dapat mana2 job sebab tak lepas audition? tak kan. sebab sini mana ada audition untuk tentukan pelakon layak ke tak dengan watak filem atau drama sebab pemilihan pelakon sama ada syok sendiri atau ikut stesen tv. Kat hollywood pun ada audition dan kena bersaing dengan pelakon lain, tak kira kau ada nama besar. sebab tu kualiti filem kita haukk
Quote jas7512 20-2-2022 08:28 AM
I think kan..yg kena di revolusikan industri kreatif kat msia ni adalah skrip....kita nye skrip kat msia ni kdg2 langsung x mencerminkan culture kat msia...klu yg adaptasi novel cinta cintun....tgk mcm copy sikit2 drama korea...klu nak adapt novel cubalah adapt novel abd rahim awang ke utk genre thriller...ram utk fantasi/misteri..karya2 norhayati brahim yg dulu2 utk romance....cuba tgk cite melayu dulu2..sbb kita ada culture kita sendiri..film melayu dulu ada soul..mcm cite iman lakonan saadiah dan ahmaf mahmud walau actually film itu adapt dr skrip mat saleh tapi diadapt sesuai dgn culture melayu....tgk film2 p.ramlee..dialog sampai abg jamil mampus diguna buat meme sampai hari ni...dan sudah tiba masa industri players ni dikuasai oleh mrk yg berilmu bkn yg syok sendiri...i rindu nak tgk drama mcm opah yg 1st season ada arwah mustafa noor...org gaji nazirah lakonan izzadah khairan...film2 mcm matinya seorang patriot...anak sarawak  ranjau sepjg jln...kisah2 masyarakat malaysia x kira kaum apa...spore blh kuarkan drama about their culture mcm little nyonya why kita x blh....we have resources..blh dpt dana dr finas...etc.
Quote jas7512 20-2-2022 08:33 AM
Actually i ada baca utk penerbitan drama...drama2 rtm byran lg tinggi dr tv3 or astro tapi sbb rtm gomen..maybe payment lewat kot...dulu2 ..10 yrs ago satu drama mmg blh untung bersih dlm 50k utk yg serial drama...pelakon utama dpt dlm 10k...nilai sebnr byran drama x sure brp..skrg x pasti byran remain the same ke or mkn bertambah atau berkurang
Quote febreze 20-2-2022 09:24 AM
nakkomenjugak: lebih berminat nak tau siapa d ...


salah satu nazeemah rogayahh nk jd askokkk katanyehhh
Quote bedahmenjuyah 20-2-2022 09:35 AM
jas7512 replied at 20-2-2022 08:33 AM
Actually i ada baca utk penerbitan drama...drama2 rtm byran lg tinggi dr tv3 or astro tapi sbb rtm g ...

50k tu ciput sgt uols. Shoot utk serial drama je dah 3 bulan. Belum pre n post shoot. Patut la kualitinya gitu. Teruk sgt aihh. Harap glam je lah
Quote puccafan 20-2-2022 05:08 PM
jas7512: I think kan..yg kena di revolu ...
jas7512: I think kan..yg kena di revolu ...


Iols rindu drama zaman spektra...ada 1 drama tu Arash Mohd berlakon. Plot twist rupanya dia pembunuh. Tak ingat tajuk.

Lagi satu kisah pasal bisnes orang kaya2, sidi oraza belakon. Dua2 drama  iols tengok sebab mak conquer tv. Jangan sape kaco timing dia [em:16:][em:16:]
Quote nadie90 20-2-2022 06:08 PM
Begitulah sistemnya bila nak produce drama...tv stesen ikut kepala depa yg pnting untung....yg penerbit kena adjust bajet yg stesen tv bg...bila nk bg job kat pelakon utama dah minta nak byrn tinggi sbb demand sbb boleh tarik penonton tonton dn itu yg stesen tv nak lol....pelakon2 pembantu dan krew2 ni lebin bertimbg rasa...yg pnting ada job untuk depa demi kelangsungan hidup....sistem beginilah yg digunapakai dr berpuluh2 thn sudah smpai skg

Penonton plak nakkan perubahan sbb byk tgk drama2 dr luar dan bila tgk drama Malaysia diktnya tertinggal beribu kilometer ke blkg dan kena banding sana sini...mcm tulah dok bincg last2 xkemana pun

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.178765 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top