CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Puteh Tak Kisah Dicemuh, Netizen Tak Tahu Hal Sebenar

19-2-2022 01:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15596| Komen: 151|Original author: tatod

Sumber Kosmo


Semalam, pelawak Ali Puteh diperintahkan membayar ganti rugi am RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atas kesalahan memfitnah di laman sosial Instagram, dua tahun lalu. 

Ali dalam satu kenyataan berkata, dia sama sekali tidak kisah berdepan dengan warga maya yang menghentam dan mencemuhnya di laman sosial. 

"Sepanjang dua tahun, saya sentiasa bersedia berdepan apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang atau kalah pun akan kena hentam.


"Jadi, saya tiada masalah dengan netizen kerana kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi," katanya.



Memetik laporan Harian Metro, Ali sama sekali tidak akan menggunakan media sosial sebagai tempat untuk meluahkan sebarang ketidakpuasan hati kerana bimbang menganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

"Saya bimbang apa saja perkongsian di media sosial akan menyebabkan berlakunya masalah di Mahkamah Tinggi. Tentang netizen, saya tidak risau apa-apa," katanya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Mubarak Syed Mohd Ridzuan bakal membuat rayuan di Mahkamah Tinggi atas faktor terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat selepas keputusan kes saman fitnah diputuskan hakim, Zulqarnain Hassan, semalam (Jumaat).

Sebelum ini, Hidayah, 30, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, mengenai kenyataan pelawak itu di Instagram yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.



Isteri kepada Allahyarham Abam memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Selain itu, dia juga memohon perintah injuksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod, relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Hidayah dan usahawan komsetik Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 19-2-2022 02:47 PM
Rasenye cukop je laaa dr mengelupor pasal harta. At last, ko juga yg rugi. Tutop je la kes tu. Alang2 nme dh tercalar baik diam je. Netizen Malaysia ni baik sebulan dua kitorg dh lupakan dh pun.
Quote asfaz 19-2-2022 02:49 PM
Apa yg hakim ckp tu smua pernah ada dlm forum kan? Kiranya betul la kan susun? Dr amik kunci kereta, masuk bilik, amik beg duit smua dah ada dlu. Kau igt lawyer ckp tanpa bukti ke?
Quote Beribear 19-2-2022 03:06 PM
Dia ni dgn si syuk sama teruk
Quote Adrif 19-2-2022 03:25 PM
Beribear replied at 19-2-2022 03:06 PM
Dia ni dgn si syuk sama teruk

menyembur aku gelak. tiba2 naik nama orang lain dalam thread ni  
Quote Lagubestbest 19-2-2022 04:36 PM
Perangan sama macam kluster mahkamak la pulak..
Quote Pennywise84 19-2-2022 05:03 PM
Bolehlah masuk lg MLM tahun ni...cover balik apa patut
Quote pxlbb 19-2-2022 05:05 PM
How I wish majalah mastika masih in publication.
Quote dudaberhias 19-2-2022 05:07 PM
Apa yang tak tahu hal sebenar

Sah sah la ko yang tamak harta lepastu pergi panggil orang lain binatang... Kalau betul tak tamak kenapa tak reda je saman tu atau harta2 tu tak payah ambik. Bagi je semua kat dayah, bukannya ko takde harta sendiri pun, kan menang MLM haritu.
Quote dino 19-2-2022 05:09 PM
dudaberhias replied at 19-2-2022 05:07 PM
Apa yang tak tahu hal sebenar

Sah sah la ko yang tamak harta lepastu pergi panggil orang lain bi ...

gigih lg tu
pdhl sah2 bini abam tgh sedih sibuk dgn faraid.. kluarga biawak ke apo
Quote zizadin 19-2-2022 05:13 PM
Adu..berapa bnyak thead la pasal ali ni.
Quote nakkomenjugak 19-2-2022 05:14 PM
tak tau hal sebenar pun
KO KALAH JUGAKKK
how swayyyy??
Quote xAthenax 19-2-2022 05:14 PM
takkan lah makhamah buat keputusan sewenang wenangnya
all base on bukti depan mata Ali ooooi
ko komen lah suka hati
nanti naik court balik, kena lagi teruk
ingat orang sana macam kau ke...ishhh
Quote meteorspeed 19-2-2022 06:05 PM
Beribear replied at 19-2-2022 03:06 PM
Dia ni dgn si syuk sama teruk


Aku rasa dia lagi teruk.. Syuk curang ngan bini jer tp dia nie lapar harta, ngata bekas ipar, duit anak yatim dia sibuk nak susun susun..
Quote faraway1 19-2-2022 06:22 PM
Berapa banyak da hal orang tak tahu kononnya tapi asyik kalah aje....

Bawa ke kubur ajelah ali.. Tunggu pembicaraan sebenar dari Allah swt
Quote manehnya 19-2-2022 07:27 PM
Sian sia ni... Belajar x tinggi jd cmni la, ignorance
Quote QueenIsolde 19-2-2022 07:45 PM
Tebalnya rasa tak tau malu dia..semalaya duk kutuk family dia, patutnya duk diam2 dulu dalam setahun dua ni
Quote dubuk 19-2-2022 07:45 PM
salam 60k dubuk tuju lagu bantulah diriku arah mana satu memecah pintu balik kaca ohh...
Quote ladyvoir36 19-2-2022 11:06 PM
i wonder…keluarga belah isteri si Ali ni tak malu ke bermenantukan org mcmni
Quote chilly 19-2-2022 11:28 PM
ladyvoir36: i wonder…keluarga belah ister ...


Mungkin malu tapi terpaksa diam sebab menantu kan. Atau pon tak kisah, lantaklah situ. Takpon sebab menantu ada duit kipas selagi boleh.

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.079201 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top