Pendakwah bebas dan juga suami kepada Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, dilantik sebagai pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif. Menurut PU Riz, lantikan secara kontrak di kolej itu selama setahun berkuatkuasa pada 1 Februari lalu dan sebelum ini PU Amin juga dilantik sebagai pensyarah kanan oleh kolej tersebut. "Kolej ini diselia oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Insya-Allah bakal bertukar status universiti tahun depan. Sebelum ini mereka melantik PU Amin, terbaharu saya pula. "Selain menjalankan tugas sebagai pensyarah kanan, saya juga bertanggungjawab dari segi pemasaran untuk mempromosikan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ini. Ia sesuatu yang baharu dan diiktiraf MQA," katanya seperti mana dipetik daripada Harian Metro.
PU Riz berharap agar lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menawarkan kursus sama sekali gus melahirkan mutawif berkualiti. " Program ini mendapat sambutan baik. Alhamdulillah semua okay. Harapnya universiti lain wujudkan program sebegini. Banyak impak. "Kalau umrah okay lagi, tapi ibadat haji ini yang susah sikit. Ada banyak jenis haji yang perlu kita ketahui. Orang kena tahu sebab perjalanan haji ini panjang. Perlu ada kepakaran untuk mereka uruskan haji," katanya.
|
Minyakyuyi replied at 19-2-2022 05:31 AM
Marilah komen...piyu kalau xbc komen menghencap dia xsah..cepat sentap oii
Minyakyuyi replied at 19-2-2022 01:31 PM
Marilah komen...piyu kalau xbc komen menghencap dia xsah..cepat sentap oii
Minyakyuyi replied at 19-2-2022 01:31 PM
Marilah komen...piyu kalau xbc komen menghencap dia xsah..cepat sentap oii
ADVERTISEMENT