CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terlantar Bingung Tubuh Makin Mengecil Lepas Lahirkan Anak Kedua

19-2-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2493| Komen: 7

Seorang wanita berusia 33 tahun menderita sakit apabila tubuh badannya semakin susut dan mengecil sejak melahirkan anak kedua.

Lapor Tribunnews, Rismalena asalnya mempunyai berat badan 60 kilogram, namun kini semakin susut dan dia turut mengalami kesukaran hendak duduk.


Kredit foto: TribunNews

Rismalena tinggal di Kampung Firdaus, Sei Rampah, Serdang, Sumatera Utara.

Ketika dikunjungi wartawan, wanita itu hanya terbaring di atas katil. Dia malah kebingungan mengenai penyakit yang dihidapinya.


“Ramai cakap saya ada masalah penyakit tulang yang menyebabkan perubahan fizikal sejak empat tahun lalu. Perubahan paling ketara berlaku tahun lalu,” luahnya.

Rismalena yang mempunyai dua anak berkata, jika dulu dia masih mampu duduk di atas kerusi roda.

Bagaimanapun, disebabkan penyakit yang dihidapinya, dia tidak mampu duduk walaupun dengan bantuan kerusi roda.

“Saya mula berasa sakit selepas melahirkan anak kedua. Masa itu, saya tidak mampu berjalan dan tulang saya sakit dan badan saya lemah,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 19-2-2022 03:24 PM
doktor?? pakar??

penyakit apa ni, nak tau. misterinya
Quote Suchi 19-2-2022 03:37 PM
Mulanya nak cakap oklaa tu makin kurus lepas beranak biasanya semua pompuan nak gitu sekali tgk gambar adoii dah mcm saiz kanak2 dah dia.
Bebetul mengecil nih,kesian plak semoga kembali sembuh dan sihat. Anak2 pun kecil lagi.
Quote musangbodoh 19-2-2022 03:56 PM
Adrif replied at 19-2-2022 03:24 PM
doktor?? pakar??

penyakit apa ni, nak tau. misterinya

buleh cuba tanya Dr Cari....@ipes2
Quote TeropongThaico 19-2-2022 04:45 PM
Kesiannya.... Ingatkan kurus biasa2. Ada kaitan dgn saraf ke
Quote shernazz 19-2-2022 05:48 PM
Kasiannya
Nampak anak tu sama.beso dah dgn dia..
Quote green~tea 19-2-2022 07:24 PM
Mcm muscular dystrophy... anak dia pun nampak ada penyakit tu...
Quote ipes2 19-2-2022 10:38 PM
musangbodoh replied at 19-2-2022 03:56 PM
buleh cuba tanya Dr Cari....@ipes2

terimakasih tagged sy

hmm pelik juga tapi kena pergi hospital lah utk cari penyebabnya
kot2 ada cancers ke, isu dgn auto-immunity ke etc

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.591251 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top