CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Penjara Sesiapa Hantar Emoji Hati Merah

19-2-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3813| Komen: 28

Mana-mana individu di Arab Saudi yang menghantar emoji berbentuk hati berwarna merah di dalam perbualan WhatsApp boleh dikenakan hukuman penjara, lapor laman berita Wion News, semalam.


Hal ini terbongkar apabila seorang pakar jenayah siber di Saudi mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan menyatakan bahawa menghantar emoji hati berwarna merah di WhatsApp diklasifikasikan sebagai gangguan seksual di negara itu.


Gambar hiasan/Techzillo

Mengikut undang-undang Saudi, jika pengirim didapati bersalah, dia boleh dipenjarakan dua hingga lima tahun dan didenda AS$26,649 (RM111,512).

Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutb berkata bahawa penggunaan beberapa imej dan ekspresi semasa perbualan online mungkin bertukar menjadi jenayah gangguan seksual jika tuntutan mahkamah difailkan oleh pihak yang berasa terancam.

Al Moataz memberi amaran kepada pengguna agar tidak terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan bertulis seseorang bagi mengelak didakwa dengan jenayah itu.

“Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana individu lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan teknologi moden.

“Penggunaan emoji hati dan bunga mawar berwarna merah dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_karat 19-2-2022 12:51 PM
Ereb kan. Tiba2 jer dpt emoji hati. Tak kenal nombor sapa. Ni kira style ereb tengah stim.
Quote Artemesiaa 19-2-2022 12:54 PM
Sian siapa suruh teruja tak tentu arah
Quote TeropongThaico 19-2-2022 12:59 PM
Yg gitu pun dah rasa terganggu
Apa2 je la diarg ni
Quote TeropongThaico 19-2-2022 12:59 PM
Yg gitu pun dah rasa terganggu
Apa2 je la diarg ni
Quote mejaputih 19-2-2022 01:02 PM
Mental ke apa itu pun rasa terganggu.
Quote Orix 19-2-2022 02:13 PM
Tgok n hantar emoji hati merah pun boleh stim kot ummah ereb ni. Ujong2 berperang takperrrrr  
Quote makadek 19-2-2022 02:21 PM
Umah ereb gelojoh rakus bebal bg kat dia
Tu pun ramey melayu  nk jd umah fadang fasirun
Quote zacEfron 19-2-2022 02:23 PM
uolss tahu ka asal usul bentuk hati tu di ilham kan dr mn  ?
Quote zacEfron 19-2-2022 02:25 PM
*symbol love ????
Quote melinda_kerr 19-2-2022 04:22 PM
Pelik2 la pak arabni. Dah kalau send emoji terung mcmana pulak. Kena pancung Terus ke
Quote ninja9 19-2-2022 05:39 PM
bahayanya di arab...

♥ = sex .... silap warna nya sepatutnya merah

= sex

pada masa seluruh dunia mengertikan tanda love itu sebagai simbol love, di arab artinya lain. aku rasa ini seperti perkataan yang sama tetapi berlainan erti seperti perkataan butuh di malaysia dan indonesia
Quote shernazz 19-2-2022 05:41 PM
zacEfron replied at 19-2-2022 02:23 PM
uolss tahu ka asal usul bentuk hati tu di ilham kan dr mn  ?

dari mana asalnya?
Quote ninja9 19-2-2022 05:44 PM
baru teringat... matilah semua tiktokers yang buat simbol love pakai tangan atau apa saja dalam content tiktok . ... barangkali ada pak arab yang menonton tiktok nie melihatnya sebagai sex...jadik lain pula nanti.... susah jg jadi pak arab neh ...hahaha
Quote abangbikerz 19-2-2022 06:42 PM
baik haramkan terus je internet, smartphone semua
Quote kakigojes 19-2-2022 06:49 PM
shernazz replied at 19-2-2022 05:41 PM
dari mana asalnya?

Montot…. Bila orang tunduk, bentuk montot dari belakang shape dia
Quote zacEfron 19-2-2022 06:53 PM
di doggy.
Quote cmf_premierleag 19-2-2022 06:54 PM
Kalo hantar emoji gambo babi pink tu kat wassap cemano lak?
Ada sapa2 ereb terinzal ke?
Quote zacEfron 19-2-2022 08:34 PM
kalau hantar emot babi tu... melayu hanat yg menggeluporr  
Quote Nham22 19-2-2022 08:36 PM
Buduhhh amattt

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.059188 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top