CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Maut Motor Bertembung Motor, Anak Terkeluar Dari Kandungan

19-2-2022 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7863| Komen: 87

Seorang ibu hamil sembilan bulan maut dalam keadaan menyayat hati dengan anak yang bakal dilahirkan terkeluar dari kandungan selepas terbabit dalam nahas di Kampung Banggol Stol Repek di sini.


Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, maut di lokasi selepas motosikal ditunggang bersama seorang lagi anaknya yang berusia enam tahun bertembung dengan sebuah lagi motosikal dinaiki seorang pemuda.

Lebih memilukan, bayi lelaki yang terkeluar dari kandungan mangsa terbabit disahkan turut meninggal dunia selepas kira-kira lima jam dirawat Hospital Pasir Mas (HPM), di sini.


KEADAAN Nor Haliza Abdul Yazaib yang maut dalam kemalangan di Kampung Banggol Stol,Repek, Pasir Mas, Kelantan.


Turut maut, pemuda yang bertembung dengan mangsa, Muhamad Shakim Mohd. Zaki, 18, yang disahkan meninggal dunia pukul 10.45 malam ketika dirawat di HPM.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa kejadian, Nor Haliza bersama anak perempuan berusia enam tahun dalam perjalanan dari rumah ke kedai runcit.

Apabila tiba di lokasi, motosikal jenis Yahama Y-15 yang ditunggang Muhamad Shakim dipercayai telah memasuki laluan Nor Haliza, lalu bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave ditunggang wanita itu.

“Kesan pelanggaran itu mengakibatkan Nor Haliza meninggal dunia dan bayi dalam kandungan telah terkeluar. Ketika itu bayi masih lagi bernyawa dan dibawa ke HPM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin berkata, seorang lagi anak mangsa, Nurul Iman Maisara Mohd. Khairi, 6, juga parah dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPM.

“Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 19-2-2022 12:08 PM
Allahuakbar.mesti laju motor satu lg tu
Quote asfaz 19-2-2022 12:10 PM
3meninggal termasuk bayi, sorang cedera parah. Teruk kemalangan ni. Bawak laju ke. Kesiannya.
Salam takziah buat ahli keluarga.
Quote darkness 19-2-2022 12:12 PM
Ya Allah..sampai terkeluar baby tu?
Quote naina 19-2-2022 12:14 PM
Innalillah..dasyatnya sampai terkeluar. Jatuh terhempap ke sampai terpenyek perut tu..kesiannya. syahid untuk mu
Quote Artemesiaa 19-2-2022 12:21 PM
Kelajuan membunuh tapi macam biasa tak ada siapa ambil peduli
Quote 3chanceno 19-2-2022 12:31 PM
Innalillah..kesiannya baby sampai terkeluar tapi masih hidup sehingga lima jam.

Speechless kadang dengan yg bawak motor atau kereta dengan laju dan tak berhati2.
Quote syaz_lina 19-2-2022 12:33 PM
Ya Allah ngerinya sampai terkeluar..kesiannya baby, semoga syurga tempat ibu dan anak2 ni
Quote primarikey 19-2-2022 12:34 PM
Innalillah....masing2 bwk laju ke
Quote Suchi 19-2-2022 12:45 PM
Iols ada tgk video malam td yg tak sensor sedih tgk baby tu, due date 24/2 ni je pun kejadian kul 7 naik motor pusing2 kg nk g kedai kot. 2 biji motor, laki dia naik ngn 2 org anak kt depan dia kat belakang ngn anak no 2.
Budak lumba motor laju sgt terbabas masuk lorong dorang laki dia sempat elak tp bertembung ngn motor arwah.
Baca komen2 org yg duk berdekatan situ katanya kuat gila bunyi dentuman motor tu. Tengok gambar motor pun teruk gila.
Quote TeropongThaico 19-2-2022 12:48 PM
Innalillahiwainailahirojiun... Sedihnya dengar. Moga anak yg cedera tu diberi kesembuhan segera
Quote Suchi 19-2-2022 12:50 PM
hasniey replied at 19-2-2022 12:08 PM
Allahuakbar.mesti laju motor satu lg tu

Katanya lumba motor terbabas bertembung ngn motor arwah.
Melambung la dia tercampak kot, iols pun nak tau cemana baby tu lahir.Seram memikirkan adakah hentakkan kuat  cetuskan kelahiran secara normal ke?
Sempat gak suami dia qamat baby tu kat situ sementara tunggu ambulance tu kot.
Suami dia pun sama gak naik motor ngn dia tp naik motor lain. Kira ada 2 motor la suami depan dia kt belakang suami sempat elak tp motor  yg terbabas tu bertembung plak ngn dia.
Iols terkilan bakpe la bagi bini sarat naik motor fragile sangat dah badan tu.
Walaupun katanya bini dia nak sangat bawak motor petang tu. Yelaa menda dah nak gerohh
Quote Rapz 19-2-2022 01:02 PM
Ya allah,sedihnya......
Salam takziah pd kedua2 keluarga arwah....
Quote mejaputih 19-2-2022 01:08 PM
Adoi camne boleh bagi bini tgh sarat drive motor? Iols yg nak drive kete pun laki x bagi klaau dah sarat mcm tu. Tp asbab nka ajal dia kalau dia jalan2 tepi jalan bersiar2 pun maybe kena lnaggar juga. Yg budak dlm gambo tgk jenazah tepi jalan tu anak dia jugak ke? Takut trauma lps tu sbb tgk ibu dan baby terbaring mcm tu huhu... baby terkeluar sbb perut arwah terburai ke?
Quote cheezel 19-2-2022 01:10 PM
Rempit2 ni kalau dpt motor mmg terus jd setan kn. Geram betul la
Quote bakingsoda 19-2-2022 01:11 PM
yg bawak laju ni mana boleh tegur, siap bangga tekan lebih had yg ditetapkan. kesian orang lain jd mangsa tragis betul sampai terkeluar baby
Quote Pink59 19-2-2022 01:12 PM
Allahuakbar sebaknya
Quote ilahaz 19-2-2022 01:23 PM
Allahuakbar sedihnya..
Quote FOTHER-MUCKER 19-2-2022 01:28 PM
Dah seperti tiada jalan penyelesaian lagi.

Quote green~tea 19-2-2022 01:37 PM
motor kapcai should be banned... banyakkan infra public transport...

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.496908 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top