Penyanyi, Black Hanifah, 35, berpendapat bahawa setiap gimik yang dilakukan harus mempunyai batasan walaupun perkara itu terbukti berkesan bagi mempromosikan sesebuah produk hiburan. Lahir dari pertandingan Mentor musim ketiga itu berkata, sesebuah program tidak sepatutnya menjadikan gimik sebagai keutamaan kerana sehingga sanggup menjatuhkan maruah anak seni.
"Gimik itu memberi impak baik untuk melariskan lagu dan produk tetapi jangan sampai merendahkan martabat kita sebagai anak seni. "Yang menonton bukan kita sahaja tetapi juga orang luar pun ambil tahu juga. Baik buruk sesuatu gimik itu perlu difikirkan sebelum ia dibuat. "Kita patut malu dengan apa yang kita buat," katanya kepada Mstar. Black turut menambah bahawa mencari bakat baharu pada masa kini tidak lagi sesukar seperti beberapa tahun dahulu.
Katanya, ada ramai 'busker' yang memiliki suara berkualiti. "Andai benar ingin mencipta 'content', ambil sahaja peserta dari kalangan 'busker'. Pasti penonton akan memberikan maklum balas positif. Pilihlah gimik bermaruah untuk 'content'," katanya. Bercerita mengenai perkembangan terkini, Black tampil dengan lagu baharu berjudul Hanya Aku Yang Mencari. Penyanyi itu menjalani proses rakaman bersama komposer Ajai.
Setuju dengan Black? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|