CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Alhamdulillah Lepas Hajat" - Hidayah Sedekah Buah Di Surau Lepas Menang Kes Saman

19-2-2022 11:16 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3660| Komen: 14|Original author: LilRose

Kredit foto: IG



Walaupun mungkin bakal kembali ke mahkamah apabila Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey sempat meraikan kemenangannya dengan bersedekah.

Siti Nor Hidayah semalam mensedekahkan buah-buahan di Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara.


Kredit foto: IG


Hajatnya itu dimaklumkannya menerusi hantaran di Instastory.

“Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan Hamzah (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey). Hari ini saya di nak beli buah-buahan dan sedekah kepada jemaah surau.

“Hari ini saya bersedekah di surau. Alhamdulillah lepas hajat. terima kasih yang mendoakan saya dari ‘A to Z’,” katanya.



Kosmo semalam melaporkan Ali diperintahkan mahkamah supaya membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah berhubung kes saman fitnah dua tahun lalu di mana Ali membuat hantaran di Instagram berbentuk penghinaan terhadap balu Abam itu.



Semoga Hidayah terus kuat berdepan ujian lain bakal mendatang selepas ini kerana tidak mungkin pihak sebelah akan berdiam diri. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 19-2-2022 11:28 AM
Bagus dayahh..  harap lps ni laluan lebih mudah
Quote Adrif 19-2-2022 03:07 PM
court boleh ke bagi restraining order/ protection order untuk Dayah anak beranak ni?

supaya plaintiff and co. tak dekat. risau diorang ambush je. maklum le, dah kalah

takut baling batu sembunyi tangan gituu
Quote wallflower 19-2-2022 06:52 PM
dayah diam2 ubi berisi.
Quote Peachlilac 19-2-2022 07:55 PM
Dah kenapa nak buat rayuan? Arwah abam tu anak ke abg si ali ni? Over betul. Arwah ada anak kot. Sah2 la harta dia dpt kat anak dia. Yang si ali tu nak over2 kenapa. Cari ler harta sendiri.
Quote melinda_kerr 20-2-2022 06:38 AM
Peachlilac: Dah kenapa nak buat rayuan? Ar ...

Dulu kata perjuangkan untuk mak katanya tpi mak pun dah tkde..
Quote melinda_kerr 20-2-2022 06:39 AM
Adrif replied at 19-2-2022 03:07 PM
court boleh ke bagi restraining order/ protection order untuk Dayah anak beranak ni?

supaya plainti ...

Tu satu. Harapnya post2 di social media pun tkde sentuh atau hina si dayah ni lagi
Quote nadie90 20-2-2022 05:28 PM
Alhamdulillah....moga Hidayah dan anak terus kuat dengan ujian yg mendatang....dan buat sesiapa yang berdepan dengan ujian mcm Hidayah hadapi jg

Quote dudaberhias 20-2-2022 05:33 PM
walaupun banyak dah thread sama... tapi bagus dayah punya hala tuju... bersedekah terus lepas menang... harap2 sheols menang lagi lepasni ataupun ali punya rayuan kena tolak...
Quote Normabaru 20-2-2022 07:39 PM
dudaberhias: walaupun banyak dah thread sam ...


Ameeennnn kaka norm doakan dia menang berkali2..
Quote orkidorkido 20-2-2022 09:36 PM
Adrif replied at 19-2-2022 03:07 PM
court boleh ke bagi restraining order/ protection order untuk Dayah anak beranak ni?

supaya plainti ...

Dia boleh apply, tapi dah dapat restraining order berkenaan tulisan online. Si susun tu takkan berani nak pergi berdepan la
Quote adel7 20-2-2022 10:10 PM
ali sedekah dkt dayah 60k. Tahniah aliiii
Quote Kyouya 21-2-2022 01:53 AM
Peachlilac replied at 19-2-2022 07:55 PM
Dah kenapa nak buat rayuan? Arwah abam tu anak ke abg si ali ni? Over betul. Arwah ada anak kot. Sah ...

khennnn...over je
Quote Kyouya 21-2-2022 01:54 AM
Alhamdulillah..moga segala urusan hidayah selepas ni dipermudahkan
Quote Cpkay 21-2-2022 11:28 AM
too much lah Ali ni .

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058705 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top