Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar menegaskan tiada unsur 'soft porn' wujud dalam salah satu adegan drama Love In Lockdown seperti dakwaan orang ramai.
Memetik laporan Harian Metro, babak lakonan Shah dan Siti Saleha yang masing-masing membetulkan pakaian ketika berada dalam kereta hanyalah simbolik menjelaskan jalan cerita kehidupan sebenar yang terkesan akibat 'lockdown'.
Kata Shah, sebagai seorang pelakon, dia tahu ada batasan yang perlu dijaga.
"Saya tahu, masyarakat mempunyai pelbagai pandangan berbeza. Ada sesetengah penonton yang cepat tersinggung dengan perkara yang melawan hukum hakam.
"Kami sekadar menggambarkannya secara simbolik dan bukanlah betul-betul. Kami sekadar menjayakan jalan cerita berdasarkan skrip," katanya.
Tambahnya lagi, babak berkenaan adalah pelengkap keseluruhan cerita agar penonton lebih faham perjalanan kisah yang ingin disampaikan.
"Tiada masalah kalau bahagian itu dibuang tetapi jalan cerita jadi tak lengkap. Kisah yang ingin disampaikan takkan jelas buat penonton," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
sebab kau dah tak herlokkk so akak nak ikut acik2 setazah terjun yang hari2 tengok benda lagha dan buat dosa tu tapi gigih nak mengecam dan fefeeling takut soft porn bagai...
kalau herlok ok je akan di maafkan... kenapa la tak ganti dengan fadlan hazim ke...
kalau kau letak shuk, poji nawawi atau ali puteh nescaya akak turun berdemo terus ala2 india... siap bakar pawagam gitteewww...
So dengan si leha tuh kusut masai rambut, ko betulkan baju semua nak org fikir korg tengah buat apa.. Baru pas makan ke? Cikai sgt doktor lama xjumpa laki duk ng3sek kt dalam kete, tak beragak sungguh.. Ni pun salah sebab aku tak tgk cite Melayu sebab bodoh. Tak salah pun takde benda2 mcm ni..
itu bukan simbolik hanat.. itu saje nak kontroversi.
simbolik mcm citer uji rashid "Langit Tidak Selalu Cerah" dulu-dulu tu. "aku haus jeff".... then tiba2 scene gerudi tanah kat kawasan binaan bangunan....