CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS$6.94 Juta Hilang, Pegawai Kanan SPRM Dipenjara 3 Tahun, 2 Sebatan

18-2-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4590| Komen: 59

Kuala Lumpur– Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shahrum Nizam Baharuddin yang dikaitkan dengan kehilangan wang rampasan berjumlah AS$6.94 juta dihukum penjara tiga tahun dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.


Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan curang menjadikan bagi kegunaan sendiri suatu harta iaitu wang berjumlah AS$6.94 juta.

Hukuman bagi pertuduhan pilihan itu mengikut Seksyen 403 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan sebat.

Foto: Kosmo

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu diperintahkan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 13 September 2021.

Pada masa sama, mahkamah juga mengarahkan supaya harta yang dibeli dengan menggunakan sebahagian wang rampasan antaranya seutas jam tangan Hublot, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenama Ford Raptor, sebuah kereta Honda Civic, sebuah kereta jenama Mercedes.

Selain itu dua motosikal berkuasa tinggi jenama Ducati, sebuah rumah dua setengah tingkat di Kota Warisan Sepanng, dua bidang tanah di Jerantut dan wang tunai RM8,700 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia melalui SPRM.

Turut diperintahkan dilucut hak kepada kerajaan ialah wang tunai AS$4.07 juta dan RM1.6 juta.

Menurut fakta kes, Shahrum Nizam telah menggunakan RM2.7 juta daripada wang rampasan itu untuk membeli beberapa aset dan barangan antaranya rumah dua setengah tingkat di Sepang, dua buah motosikal Ducati, lapan utas jam tangan mewah dan dua bidang tanah di Jerantut, Pahang.

Tertuduh juga telah meminta pertolongan seseorang untuk menyimpan RM1.4 juta yang akan dijadikan modal perniagaan balak.

Pada 4 Januari lalu, Shahrum Nizam didakwa atas tuduhan pecah amanah wang rampasan jumlah sama dan dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hungryhenry 18-2-2022 03:12 PM
Wow usd dah songalp dpt 3tahun je?
Quote LoveSungmin 18-2-2022 03:14 PM
serius la? ringannya hukuman.. seronoknya berjoli beli macam²
Quote biJOU.la 18-2-2022 03:31 PM
Untung ekk.. tapau almost RM 28M, masuk 3 tahun jek.. haibattt
Quote kepompong 18-2-2022 03:40 PM
duit tu physically USD ke yg. hilang? dasattttt
Quote albedah 18-2-2022 03:41 PM
Aku dah termenyumpah babi...  Sian bbai x salah.
Quote mikasa 18-2-2022 03:57 PM
Seronok berapa tahun je. Lain kali kalau songlap berjuta usd..terus lagi luar negara. Mintak suaka politik.buat laa posting hina islam sampai nak kena bunuh
Quote tompie 18-2-2022 03:58 PM
seriusla.. under akta apa ni?? 3 taun aje??
dapat recover semua balik ke?
Duit yg tak dapat recover tu kira mcmana? kira halal ke?
Jgn2 lepas keluar still boleh joli lagi, ada simpan kat mana2 entah duit tu..
Quote hungryhenry 18-2-2022 04:01 PM
Mesti famili laki ni anak bini level2 OKB flexing sana sini.
Quote hungryhenry 18-2-2022 04:02 PM
And duit tu adakah cash?
Simpan bawah bantal dlm almari ke? Then beli aset semua cash?

Quote xy_daen 18-2-2022 04:05 PM
Apa aku baca ni
Quote tompie 18-2-2022 04:22 PM
kes ni mula2 keluar kat twit edisi siasat.. moto2 ducati tu mmg yang top of the range and both dia beli selamba aje register nama dia..
Pastu mmg gaya2 okb ahh.. takkan ahh dia ni bodo sampai mcm tu sekali..
alih2 mcm menang loteri, semua pun beli tak agak2.. dah lah awak tu pegawai SPRM..
Quote kotakominami 18-2-2022 04:26 PM
Dah la rembat duit haram ade hati lagi nak jadi tauke balak.....memang hati kental....tp macam mane duit tu dapat ke tgn dia? Pakai bitcoin ke? Atau dia angkut sorang sorang pakai guni? Contoh kalau org curi usd 5 juta pastu buat melabur pakai nama sedara mara dia dapat untung juta2 then kena tangkap yg dirampas cuma duit yg dia songlap saja.....untung pelaburan bersih dapat ke dia kan.....
Quote rashiman 18-2-2022 04:30 PM
harta wang tunai berjuta di lucut hak...
di Penjara dan 2 kali sebatan
Quote krustykrab 18-2-2022 04:35 PM
hungryhenry replied at 18-2-2022 03:12 PM
Wow usd dah songalp dpt 3tahun je?

Wpun 3 tahun..tp kena sebat 2x....
Hancur telur idaman
Quote c===8 18-2-2022 04:36 PM
kotakominami replied at 18-2-2022 04:26 PM
Dah la rembat duit haram ade hati lagi nak jadi tauke balak.....memang hati kental....tp macam mane  ...

The Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 ("the Act") came into force on 15.1. 2001 with the aim of preventing and combating money laundering, terrorism financing and the use of illegal proceeds.


sebelum 15/1/01 boleh
Quote Thunderclouds 18-2-2022 05:44 PM
Just a slap on the wrist. Songlap duit juta2. Dpt 3tahun ja. Yg curik sadin ngn beras sbb ank lapaq pn kna 10tahun ya tuan2. Sbb tu mulayu ni yg haram anjing & babi jaa..revise blk akta rasuah. Dh lapok. Buat mcm china hukum mati teruih.
Quote dani-rox 18-2-2022 05:49 PM
bangga betol muka dia masuk court, pecah amanah jer pun... bukan makan babi ye dakk




cth moto super leggera rega rm888k


Quote missus_meow 18-2-2022 06:06 PM
kena sebat tu yg sakitnya
Quote cmf_premierleag 18-2-2022 06:08 PM
tompie replied at 18-2-2022 03:58 PM
seriusla.. under akta apa ni?? 3 taun aje??
dapat recover semua balik ke?
Duit yg tak dapat recover  ...

sume rete yg dibeli dgn duit tu dah dilucutkan hak dan diberi pd kerajaan msia balik

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.593611 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top