CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Buat Khemah, 2 Jam Teman Anak Panjat Bukit Semata-Mata Nak Cari Internet

18-2-2022 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1265| Komen: 7

Petaling Jaya – Usaha seorang bapa yang sanggup meredah hutan untuk mendapatkan capaian internet bagi memudahkan urusan temu duga secara dalam talian anaknya menarik perhatian pengguna media sosial.


Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Sa anak Ujom, 52, difahamkan anak lelaki itu mahu menduduki dua sesi temu duga bagi kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bagaimanapun, kawasan yang mereka diami sukar untuk mendapatkan capaian internet sehingga memaksa dua beranak itu memanjat bukit yang terletak dua jam dari rumah mereka.


Foto: FB

Lelaki tersebut bersama anaknya, Frank Steward anak Sa, 21 juga dikatakan perlu keluar dari rumah sekitar pukul 6 pagi bagi memanjat bukit tersebut untuk mendapatkan capaian internet.

Hantaran yang dikongsikan oleh abang Frank itu juga menunjukkan usaha gigih bapanya mendirikan khemah daripada zink dan kayu selain menyediakan tikar bemban sebagai alas supaya Frank dapat menjalani sesi temuduga dalam keadaan selasa.

Frank juga dilihat hanya menggunakan kerusi plastik berwarna biru sebagai meja dengan berlatarbelakangkan kain bercorak tradisional.

Rata-rata pengguna media sosial terharu dengan kegigihan bapa tersebut selain mendoakan agar Frank berjaya mendapatkan tempat di UPSI.

“En. Sa anak Ujom anda adalah contoh bapa terbaik, dan tidak semua orang berpeluang mempunyai bapa seperti anda. Semoga bahagia dan terus maju jaya! Selamat berjaya Frank!,” kata Nur Amelyn.

“Semoga dipermudahkan urusan dan harap pihak kerajaan perluaskan lagi bekalan elektrik dan perbanyakan kawasan liputan internet luar bandar,” kata Mohd. Hamdan.

“Semoga kejayaan menjadi pendidik berpihak kepada kamu. Bangga!,” kata Ramsal. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ecahaha 18-2-2022 07:43 PM
Petaling jaya?
Quote ecahaha 18-2-2022 07:44 PM
Dekat bukit gasing ke? Serious lah intrigued sgt
Quote JunkMail 18-2-2022 08:12 PM
Bukit mana kat PJ tu? Panjat je lah menara MBPJ tu kompom dapat line
Quote monreyes 19-2-2022 12:31 AM
ni berlaku kat Sarawak ke PJ..
Quote naina 19-2-2022 01:37 AM
Takkan lah PJ. Punya senang PJ nak dapat Line..ni pedalaman Sabah or Sarawak kot.
Quote AnnaSendin 19-2-2022 02:10 AM
Iols perasan sejak gomen hapuskan 3g, line makin semput. Kekonon 4g, hampeh jur yang dapat. Tenet lagi teruk dari vetnam.
Quote gideoncross 19-2-2022 12:47 PM
naina replied at 19-2-2022 01:37 AM
Takkan lah PJ. Punya senang PJ nak dapat Line..ni pedalaman Sabah or Sarawak kot.

Author slah tulis kot.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.208676 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top