Ampang Jaya: Hanya kerana tidak puas hati mengenai kawasan parkir, seorang pengawal keselamatan cedera akibat dipukul dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah bangunan di Pandan Indah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang juga warga Nepal berusia 41 tahun didatangi sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di bangunan berkenaan pada 2.15 petang. "Motosikal itu kemudian terus parkir di hadapan pintu bangunan berkenaan dan mangsa tidak membenarkan kenderaan terbabit diparkir di kawasan berkenaan.
"Selepas selesai urusan, kedua-dua lelaki terbabit keluar dan memukul mangsa dengan salah seorang mereka menampar dan menumbuk mangsa di bahagian muka. "Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mata mangsa bengkak selain hidungnya berdarah," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohamad Farouk berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek tempatan terbabit yang masing-masing berusia 31 dan 33 tahun. "Siasatan awal dilakukan mendapati punca kejadian itu membabitkan kawasan parkir memandangkan ada pertengkaran mulut antara pengadu dengan dua lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengan mangsa lalu bertindak menumbuknya. "Siasatan akan diteruskan selepas permohonan arahan untuk siasatan (Order to Investigation) (OTI)," katanya. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan kerana kesalahan mencederakan. "Polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil tindakan secara terburu-buru atau mengikut perasaan jika ada apa-apa kesalahan sebaliknya buat laporan polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil," katanya. Terdahulu, satu video menunjukkan pertengkaran membabitkan beberapa lelaki di hadapan sebuah bangunan di Pandan Indah tular di media sosial, hari ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
FOTHER-MUCKER replied at 19-2-2022 01:20 PM
Orang Malaysia memang seperti tu, nak pula jika orang luar(ghurka) yang mengarahkan…mereka akan ras ...
mojarean_X replied at 18-2-2022 09:23 PM
Sedangkan dorang buta sejarah, orang ghurka lah ramai yg mati melindungi tanah melayu dari penjaja ...
mojarean_X replied at 19-2-2022 01:23 PM
Sedangkan dorang buta sejarah, orang ghurka lah ramai yg mati melindungi tanah melayu dari penjaja ...
kasibiman replied at 19-2-2022 01:12 PM
Bangsa parking kaki lima.
Bangsa sama yg beli makan kat gerai dia tuding jari pilih nasi lemak dari ...
kasibiman replied at 19-2-2022 01:12 PM
Bangsa parking kaki lima.
Bangsa sama yg beli makan kat gerai dia tuding jari pilih nasi lemak dari ...
renko replied at 19-2-2022 02:22 PM
Spesis beli mknn atas motor n tingkap keta ni spesis pokemak..bahbi betul buat menyemak orang lain ...
becir replied at 19-2-2022 02:31 PM
Spesies Sama suka tinggal anak kecik atas motor engine on pastu dia masuk kedai beli rokok..
Gitu ...
renko replied at 19-2-2022 02:22 PM
Spesis beli mknn atas motor n tingkap keta ni spesis pokemak..bahbi betul buat menyemak orang lain ...
ADVERTISEMENT