Anak-anak bermasalah tidak wajar dipersalahkan 100 peratus, sebaliknya ibu bapa juga perlu melihat kekurangan pada diri mereka.
Demikian kata pembimbing remaja dan keibubapaan, Faizzul Hakim Abdul Razak, 32, berhubung masalah golongan muda yang semakin menjadi-jadi dalam dunia serba moden hari ini. Dia yang juga pengasas Faiz Hakim Academy pernah menyantuni ribuan remaja sepanjang tujuh tahun dalam bidang itu, membolehkannya menyelami jiwa mereka dengan lebih mendalam. Terbaharu, video memaparkan Faiz bercerita mengenai remaja yang tidak suka suasana di rumah sendiri meraih hampir 200,000 tontonan sehingga dia dihujani pelbagai komen daripada netizen.
"Saya pernah jumpa seorang budak, dia tak suka balik rumah. Saya tanya, dik kenapa tak balik rumah? Dia kata dia tak suka suasana rumah sebab dalam rumah dia ada yang bercakap carut-mencarut. "Bila dia buat salah sikit, anak akan kena tempias. Mak dia selalu label dia tak guna, menyusahkan, aku besarkan kau susah payah... segala-galanya. Dia tak suka dengar percakapan ini. "Dia cakap, daripada saya sakit kepala, saya sakit telinga, sakit hati, lebih baik saya tak payah balik rumah bang," ujar Faiz dalam video tular di aplikasi TikTok itu. Penangan video tular menyebabkan dia dihujani ratusan komen remaja yang meluahkan masalah hampir sama, tak kurang juga yang membanjiri mesej WhatsApp untuk meluah rasa dan meminta pendapat. Menurut Faiz yang juga peguambela dan peguamcara, anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang perlu dicorakkan ibu bapa, justeru apa yang dilakukan golongan itu merupakan cerminan kepada orang tua mereka. "Anak ibarat kain putih, mak ayah yang mencorakkan mereka. Sebelum salahkan anak, mak ayah yang lahir dulu. Kalau anak bermasalah, mesti ada sesuatu yang tak kena tanpa mereka sedari. Tapi kadang-kala, ada juga mak ayah baik tapi anak buat perangai, itu ujian untuk mereka. "Mak ayah kena muhasabah. Tapi ramai juga mak ayah yang ego. Anak yang salah jadi mangsa. Selepas saya cerita kisah budak yang tak suka suasana rumahnya, saya nampak ramai remaja lain hadapi masalah sama. "Ada yang tak gembira dengan keluarga, rata-rata mereka tunggu masa nak keluar dari rumah. Kesian budak-budak ini. Selain di ruangan komen, mereka turut hantar WhatsApp pada saya untuk meluah perasaan. Saya nampak ia satu isu kritikal yang tak selesai sampai sekarang. Memang saya rasa kesian," ujarnya. Menurut Faiz, zaman juga sudah berubah, sekali gus ibu bapa perlu mencari alternatif lain dalam memenangi hati anak-anak mereka. "Jangan ikut kata hati. Zaman dah berubah, budak sekarang suka memberontak. Kadang-kadang mak ayah kena beralah sikit, tapi tak bermakna kalah. "Maknanya, mak ayah kena ada plan untuk takluk hati anak-anak, supaya jadi dekat dengan mereka. Bukan dengan cara marah atau maki, ia akan buat anak-anak makin keras hati," ujarnya. Menurut Faiz, dia berharap segala perkongsian yang dibuat menerusi TikTok miliknya dapat memberi manfaat buat golongan anak-anak serta ibu bapa di luar sana. Jelasnya lagi, segala apa yang dikongsi merupakan pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang menjalankan seminar dan latihan dengan golongan itu sejak tujuh tahun lalu. "Saya dah banyak buat ceramah dan training dengan pelajar serta ibu bapa. Dah lama juga terfikir nak kongsi dalam bentuk video pula, tapi tak tahu macam mana. "Akhirnya saya buat TikTok untuk cerita pengalaman-pengalaman sepanjang berceramah merata-rata selama ini. Saya mula di TikTok pada November lepas, tapi video mengenai topik-topik remaja ini mula dikongsi sejak minggu lepas. "Saya pun tak sangka ia dapat perhatian ramai. Melalui video-video parenting, saya nak didik ibu bapa dan remaja, pada masa sama saya nak kongsi dilema-dilema yang berlaku. "Sepanjang buat training dengan golongan remaja, saya nampak ada perangai mak ayah yang salahkan anak. Secara tak langsung, anak jadi mangsa. Saya harap perkongsian video-video saya dapat buka mata mereka untuk tak salahkan anak semata-mata," ujarnya lagi. Sumber: mStar
|
monreyes replied at 18-2-2022 05:03 PM
kecik2 dah pandai tinggalkan mak bapak..dah besar tinggalkan anak bini..dlm dunia ni xde org yg hobi ...
krustykrab replied at 18-2-2022 05:17 PM
Ni aku setuju...dah la duk dlm bilik pukul 12 baru bangun, mak pak dh mcm org gaji..suruh buat kej ...
sarahmirza replied at 18-2-2022 05:17 PM
Baru 2 hari lepas my friend dgn bangga tulis kat whatapps group yang anak2 dia lagi suka duduk kat k ...
dewimalam78 replied at 18-2-2022 03:39 PM
Mak ayah kena bagi cth yg baik. Kalau tak boleh, at least hipokrit sikit depan anak2.
Nak gaduh, nak ...
monreyes replied at 18-2-2022 05:03 PM
kecik2 dah pandai tinggalkan mak bapak..dah besar tinggalkan anak bini..dlm dunia ni xde org yg hobi ...
krustykrab replied at 18-2-2022 05:17 PM
Ni aku setuju...dah la duk dlm bilik pukul 12 baru bangun, mak pak dh mcm org gaji..suruh buat kej ...
ghalibboy replied at 18-2-2022 07:14 PM
Tapi cara marahkan anak dengan memaki atau menjerit2 tidak sesuai sekarang. Lebih sesuai memberi na ...
ADVERTISEMENT