CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cekik Nenek, Buang Mayat Dalam Tepi Jalan Sebab Tak Bagi Berkawan

18-2-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1793| Komen: 14

Remaja perempuan berusia 17 tahun mengaku mencekik neneknya hingga mati di rumah mereka di daerah Muang.

Akuinya, dia melakukan perbuatan itu dengan bantuan teman lelakinya sebelum membuang mayat mangsa di tepi jalan.



Lapor Bangkok Post, remaja perempuan itu dan teman lelakinya ditahan polis di Tak, kelmarin.

Suspek yang tidak didedahkan namanya dan teman lelaki, Pathiphon Chantharamonthon, 23, turut dibawa ke rumah sewa yang menjadi lokasi pembunuhan tersebut.

Namun, lebih 200 penduduk yang berang dengan insiden itu berkumpul di lokasi kejadian, menyebabkan suspek tidak dibenarkan turun.


Polis bimbang sekiranya gadis itu menjadi mangsa serangan penduduk setempat.

Pasangan itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya di daerah Mae Sot di wilayah Tak kelmarin.

Ketika ditahan, pasangan itu kelihatan resah, menyebabkan polis memeriksa kenderaan mereka termasuk kad pengenalan.

Berdasarkan maklumat awal, gadis itu merupakan cucu kepada wanita warga emas berusia 62 tahun yang mayatnya ditemukan dalam tong sampah di tepi jalan.


Lokasi kejadian

Polis mengenal pasti identiti suspek sebagai Somsri Mamkrathok yang berasal dari wilayah Saraburi.

Ketika disoal siasat, gadis itu mengakui membunuh neneknya dengan cara mencekiknya sehingga pengsan, kemudian menjerut leher mangsa menggunakan tali.

Motif pembunuhan itu dipercayai berlaku kerana suspek berasa tertekan dengan mangsa yang sering melarangnya berkawan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-2-2022 12:49 PM
Perbuatan sia2, sia2 nak kena hadap hukuman
Quote Adrif 18-2-2022 01:34 PM
Krung Thep Maha Nakhon  
Quote I.K.A888990 18-2-2022 02:54 PM
bodoh sangap nk berkawan sgt smpai nenek sendiri kau sggp bunuh
Quote sambaldurian 18-2-2022 03:07 PM
klu kt thailand ada lakon semula, suspek kena tunjuk cara dia bunuh balik.  tp kt Msia aku xtau ada ke x, sbb rujukan aku drama Gerak Khas, balik2 tunjuk scene detektif lim , lingam dlm pajero ronda2 cari suspek. x pnh aku nmpak ada DA ke pendakwaraya ke mcm ala2 drama US Crime and Scene.
Quote AnnaSendin 19-2-2022 03:14 AM
Memang patut nenek sheols tak bagi berkawan dengan janton lehnat ittuew. Kalau janton ittuew baik, tade maknanya heols turut terbabit dalam pembunuhan nieyh. Sheols ingat janton ittuew akan setia, entah2 dalam penjara nanti boipren sheols jadi nyah disula janton sado.
Quote batmana 19-2-2022 06:56 AM
Tk pnah pakai FB ke bdk ni.. ramai kwn dlm tu
Quote dua_chzy 19-2-2022 07:23 AM
Akak menyampah betul dengan TT ni yang suka semakkan CI dengan berita semasa Ndon. 10 tahun lepas takdanya CI ni jadik medan berita Ndon.
Quote slyfynx 19-2-2022 07:43 AM
dua_chzy replied at 19-2-2022 07:23 AM
Akak menyampah betul dengan TT ni yang suka semakkan CI dengan berita semasa Ndon. 10 tahun lepas ta ...

Setuju, mmg semak.
Tp.... ni berita dari Thailand.
Quote dua_chzy 19-2-2022 07:45 AM
slyfynx replied at 18-2-2022 11:43 PM
Setuju, mmg semak.
Tp.... ni berita dari Thailand.

Astaga. Baru perasan nama Muang, Pathipon.

Ini menandakan betapa sinonimnya TT dengan Ndon sampaikan asal bukak tered, akak ingatkan tered Ndon.
Quote 3chanceno 19-2-2022 08:39 AM
sambaldurian replied at 18-2-2022 03:07 PM
klu kt thailand ada lakon semula, suspek kena tunjuk cara dia bunuh balik.  tp kt Msia aku xtau ada  ...

Hahahaha..lawak komen nie tapi meols setuju apa2 pun kita tunggu arahan dari Tuan Helmi
Quote gideoncross 19-2-2022 11:44 AM
dua_chzy replied at 19-2-2022 07:23 AM
Akak menyampah betul dengan TT ni yang suka semakkan CI dengan berita semasa Ndon. 10 tahun lepas ta ...

Ni crita dri Thailand lah sisthur hahahaha.
Quote gideoncross 19-2-2022 11:45 AM
3chanceno replied at 19-2-2022 08:39 AM
Hahahaha..lawak komen nie tapi meols setuju apa2 pun kita tunggu arahan dari Tuan Helmi

Gerak Khas wlaupn klakar tpi smpai skrg msih mnjdi idaman hti.
Quote 3chanceno 19-2-2022 12:12 PM
gideoncross replied at 19-2-2022 11:45 AM
Gerak Khas wlaupn klakar tpi smpai skrg msih mnjdi idaman hti.

Hahaha....dah tak de tv drama yg gantikan GK nie, jadinya unggul di carta seri crita polis
Quote gideoncross 19-2-2022 02:14 PM
3chanceno replied at 19-2-2022 12:12 PM
Hahaha....dah tak de tv drama yg gantikan GK nie, jadinya unggul di carta seri crita polis

Somehow iol nak ada crita psl khidupan bomba plak hahahaha.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099684 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top