|
Petaling Jaya- Pesakit kanak-kanak kini dilaporkan mula memenuhi wad unit rawatan rapi (ICU) di hospital susulan peningkatan kemasukan kes Covid-19 melibatkan golongan berkenaan.
Mendedahkan perkara itu, Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah berkata, wad ICU dewasa di hospitalnya bekerja mula dipenuhi pesakit kanak-kanak dengan rata-rata mereka memerlukan bantuan oksigen. “Tahukan anda, ICU dewasa di tempat saya sudah bertukar kepada ICU kanak-kanak, minggu lepas kosong, (tetapi) sudah dipenuhi semula. “Ya Allah, sedihnya lihat mereka ini terbaring memerlukan oksigen,” katanya ringkas menerusi hantaran satu video di aplikasi Tiktok miliknya malam tadi.
Dr. Rafidah berkata, statistik jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak terus melonjak dengan angkanya meningkat melebihi 160 peratus setakat ini. “Cepat dapatkan vaksin Covid-19 untuk anak-anak, tolonglah. Kami tidak sanggup dengan apa yang kami lihat sekarang,” ujarnya. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak atau PICKids adalah secara sukarela. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ibu bapa atau penjaga perlu memberi kebenaran bertulis bagi melayakkan anak mereka mendapat vaksinasi Covid-19. “Sebagaimana vaksin dewasa dan remaja, vaksin Covid-19 kanak-kanak akan diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak yang tinggal di Malaysia tanpa mengira status mereka,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|



maharani_gebu replied at 18-2-2022 11:14 AM
dan-danlah tetiba pesakit kanak-kanak plak yg ramai jd mangsa covid.....
nak paksa parent s ...

uda replied at 18-2-2022 11:21 AM
Anak my ex-staff umur 8 thaun, masuk icu juga. Demam isnin, selasa sesak nafas. Dia tunjuk gambar an ...
annehuda replied at 18-2-2022 11:59 AM
takpela doc makbapak gini diorang agaknya lagi suka anak mati. boleh claim anak syurga, anak tunggu ...
maharani_gebu replied at 18-2-2022 11:14 AM
dan-danlah tetiba pesakit kanak-kanak plak yg ramai jd mangsa covid.....
nak paksa parent s ...
manzilla replied at 18-2-2022 11:47 AM
Kannn... tetiba saja. Pandai pula virus kobid tunggu program cucuk budak-budak bermula baru nak "b ...
atira replied at 18-2-2022 12:10 PM
buat malu kaum saja lah
annehuda replied at 18-2-2022 11:59 AM
takpela doc makbapak gini diorang agaknya lagi suka anak mati. boleh claim anak syurga, anak tunggu ...

xy_daen replied at 18-2-2022 11:34 AM
Anak staff dua orang positif, seorang kronik sesak nafas ye. Dua2 belum vaksin
bonggo replied at 18-2-2022 12:12 PM
I bwk anak p vaksin kat ppv. Yg dtg walk in mostly cina mmg ramai. Tu pun diorang merayu2 nak selit ...
ADVERTISEMENT