CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Makan, Tak Boleh Cakap Dan Jalan- 4 Kanak-Kanak Tinggal Di Flat Penuh Sampah, Lampin Kotor

18-2-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2012| Komen: 10

Empat kanak-kanak kekurangan zat diselamatkan dari sebuah rumah pangsapuri yang kotor di Kazakhstan.

Kanak-kanak berusia tujuh, lima, empat dan tiga tahun itu sukar untuk bercakap, selain tidak dapat berjalan dengan baik.


Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka kini dijangkiti Covid-19.


Foto: Daily Star

Unit pangsapuri yang disewa oleh sebuah keluarga di Ekibastuz di Pavlodar, Kazakhstan itu dipenuhi sampah dan lampin kotor.

Menurut laporan berita tempatan Tengrinews, keluarga berkenaan tidak makan sekurang-kurangnya selama tiga hari.


Sukarelawan tempatan yang menyelamatkan kanak-kanak itu berkata: "Jiran menghubungi polis dengan mendakwa terdapat pergaduhan dari rumah tersebut.

"Sebaik polis tiba, keadaan di rumah itu tenang tetapi mendapati kanak-kanak kekurangan zat tinggal bersama ibu bapa mereka tanpa keperluan asas.

"Kami yang dimaklumkan mengenai perkara itu segera mengumpulkan makanan, lampin, sabun dan produk sanitari," katanya.


Foto: Daily Star

Bercakap kepada media tempatan, sukarelawan, Lyudmila Bylinina berkata: "Kanak-kanak itu berada di sebuah rumah yang kotor, terdapat najis, lalat, dan bau hancing di mana-mana.

"Kanak-kanak itu berbogel dan kotor. Mereka semua tidak boleh berjalan. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai perut kembung.

"Seorang daripada kanak-kanak lelaki muntah selama lebih dua hari, manakala dua kanak-kanak lagi mempunyai badan tidak cukup zat.

"Mereka tidak makan selama tiga hari, tiada makanan di rumah itu," katanya.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak difaftarkan dengan pihak berkuasa dan tidak pernah menerima rawatan perubatan.

Keluarga berkenaan berpindah ke Ekibastuz tiga tahun lalu dari sebuah perkampungan kecil dan menyewa rumah di pangsapuri, manakala bapanya menjalankan kerja-kerja sampingan.

Kesemua kanak-kanak itu kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 18-2-2022 11:00 AM
mesti comel2...kesian dorang....
Quote Nuyak 18-2-2022 11:04 AM
kesiannya...
Quote nononcrux 18-2-2022 12:02 PM
aduhai kesian la ank2 ni..
Quote batmana 18-2-2022 12:51 PM
3 hari tu..jiran2 tk prasan ke bdk tu
Quote Artemesiaa 18-2-2022 12:57 PM
Macam kes yang pernah terjadi ditanahair satu ketika dulu
Quote Minami2013 18-2-2022 12:59 PM
Kesiannya...
Quote Adrif 18-2-2022 01:50 PM
kesiannya.. hampir2 mati tu.. sikit lagi.
kalau pihak berkuasa lambat dapat info, mungkin besok tu tinggal mayat je
Quote monreyes 18-2-2022 01:57 PM
yg pelik tu rajin pulak beranak....
Quote white_musk 18-2-2022 02:03 PM
Bukan kat Nilai ke?
Quote AnnaSendin 19-2-2022 03:09 AM
white_musk replied at 18-2-2022 02:03 PM
Bukan kat Nilai ke?

Tuew kes adik firdaus ditinggal mak lehnat mengaku misekin tapi tudung tatap bling2. Hanya mampu hidup beberapa bulan jur lepas diselamatkan, dapatlah berisi kejap. Kesian heols.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.042437 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top