CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lumpuh Tiga Bulan Sebelum SPM- Hanya Mampu Mengiring, Belajar Atas Katil

18-2-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1271| Komen: 1

Pasir mas – Kehidupan seorang pelajar berubah sekelip mata selepas dia diserang pe­nyakit saraf secara mengejut sehingga lumpuh tiga bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan Husna Shafieqa Husni Hanafi, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bembam berkemungkinan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan di hospital.

Ibunya, Suriana Mat Hussin, 45, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu diserang penyakit saraf apabila tidak boleh bangun tidur semasa berada di rumah selepas pulang dari asrama pada Disember lalu.


Foto: Kosmo

Keadaan itu menyebabkan Husna Shafieqa hanya mampu mengiring dan terpaksa dipapah setiap kali mahu ke tandas.


“Dia (Husna Shafieqa) disahkan menghidap penyakit itu selepas mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Sebelum itu, dia ada mengadu sakit bahagian pinggang selepas angkat buku dan barangan semasa di asrama.

“Sejak disahkan menghidap penyakit saraf, dia sudah tidak dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka seperti calon-calon SPM yang lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedondong di sini semalam.

Remaja itu kini mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah menggunakan online.

Sementara itu, Husna Shafieqa yang memperoleh 5A pada percubaan SPM lalu mengakui dia hampir berputus asa sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.

“Saya kembali bersemangat selepas mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan dan guru-guru. Semangat itu menjadikan saya lebih kuat untuk menempuh SPM. Saya tekad mahu ubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu remaja itu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0350141000057684 atas nama Suriana Mat Hussin atau menghubungi talian 019-671 8545. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 18-2-2022 12:23 PM

Pasir mas – Kehidupan seorang pelajar berubah sekelip mata selepas dia diserang pe­nyakit saraf secara mengejut sehingga lumpuh tiga bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan Husna Shafieqa Husni Hanafi, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bembam berkemungkinan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan di hospital.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.219568 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top