CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kumpulan Zero Lancar Misi Bantuan Kilat Untuk Mangsa Kebakaran Di Kudat, Sabah

18-2-2022 09:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1114| Komen: 0|Original author: Tatod


Atas dasar nilai kemanusiaan serta tanggungjawab sesama insan, kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik iaitu Sharif, Syaiful dan Atu terpanggil untuk memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah.

Pelawak yang juga berasal dari daerah itu menyeru rakyat Malaysia agar turut sama memberikan bantuan kepada 167 keluarga membabitkan 1626 mangsa. 

Sesungguhnya, ujian ini berat buat penduduk di penempatan terbabit apatah lagi Ramadan sudah hampir tiba.


"Sekarang ini dah dekat bulan puasa dan raya, mereka memerlukan bantuan kita. Mari kita sama-sama bantu penduduk Landung Ayang" kata Shariff.



Sementara itu, Atu menerusi Instagram mendoakan agar mangsa yang terlibat dengan musibah itu bersabar dengan ujian yang menimpa kerana setiap dugaan itu ada hikmahnya.

"Terima kasih kepada NGO yang terlibat, terus datang membantu. InsyaAllah, saya dan isteri serta sahabat di Semenanjung akan membantu mana yang boleh. Walaupun tidak banyak tapi harap dapat meringankan beban sahabat di sana," katanya.

Isteri Atu, Shafeeqa Johari turut menguar-uarkan misi bantuan berkenaan. Dia meninggalkan nombor telefon di Instagram bagi memudahkan urusan kepada individu yang inginkan maklumat lebih lanjut.



Terdahulu, media tempatan melaporkan sebanyak 176 rumah musnah dalam kebakaran besar petang kelmarin (Rabu).

Memetik laporan Harian Metro, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.26 petang.

Menurutnya, sepasukan 48 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Kota Marudu dan dibantu Persatuan Bomba Sukarela (PBS) dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Operasi memadam ditamatkan pada 8.17 malam dan tiada mangsa terkorban dilaporkan. Punca kebakaran juga masih dalam siasatan. - CARI


Sumber Sabahan News



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.081298 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top