CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Bakal Perkenal Akta Baharu Larang Aktiviti Merokok - Khairy

18-2-2022 01:38 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 987| Komen: 3|Original author: natrahn


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) telah mengumumkan bahawa akta baharu akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape).

Ini kerana aktiviti itu menjadi faktor kepada penyakit kanser dan menyumbang kepada 22% kematian akibatnya. 


Menurut KJ walau bagaimanapun berkata, akta tersebut hanya melibatkan generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game (tiada kaitan dengan filem Avengers: Endgame).

 “Bermakna jika anda berumur 17 tahun dan Parlimen meluluskan akta itu, anda tidak lagi dapat membeli sebatang rokok di negara ini,” katanya memetik laporan Berita Harian.

"Pelaksanaan (akta baharu) ini akan mengurangkan jumlah perokok baharu, seterusnya akan tiba satu masa, tiada lagi perokok di Malaysia," tambahnya lagi.

Satu fakta merokok yang menarik tetapi membimbangkan ialah dianggarkan lebih 27,200 orang penduduk terbunuh di Malaysia akibat penggunaan produk tembakau setiap tahun.

Oleh itu, sejak 2004 lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan kempen anti-merokok yang dinamakan sebagai Kempen Tak Nak Merokok. Titik permulaan pelaksanaan kempen ini adalah atas berikutan peningkatan bilangan penduduk yang terlibat dalam aktiviti merokok.

Merokok memberi keburukan pada semua orang dan nampaknya kerajaan tidak berputus asa melakukan pelbagai kaedah untuk menangani masalah ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 18-2-2022 01:44 PM
Dasar kerajaan yg mcm ni aku sokong je
Quote batmana 18-2-2022 03:00 PM
wajibkan la penjualan rokok disaluti dgn kulit babi, lemak babi, dna babi bagai, barula berkurang perokok melayu ni..
Quote cmf_kunyit 18-2-2022 03:02 PM
harap2 vape tak diharamkan juga..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.044925 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top