Peguam dan aktivis Siti Kasim mengumumkan akan bertanding di kawasan parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu diumumkan Gerak Independent di mana Siti Kasim menjadi salah seorang calon dalam kumpulan berkenaan yang akan bertanding di beberapa kerusi pada PRU15. Pada sidang media semalam, Gerak Independent mendedahkan enam calon yang akan diletakkan dalam PRU15, dengan lebih banyak calon akan diumumkan. Siti berkata, kumpulan itu telah mengenal pasti 15 kawasan, tetapi tidak akan meletakkan lebih daripada 10 calon.
Loading FB Post... Calon lain yang disahkan oleh Gerak Independent ialah Ravee Suntharelingam (Wangsa Maju), KJ John (Petaling Jaya), Charles Chow (Subang), Roland Cheng (Kota Kinabalu) dan Tawfik Ismail. Antara Dewan Undangan Negeri (DUN) lain yang disasarkan oleh Gerak Independent ialah Segamat, Tebrau, Batu Pahat, Bandar Tun Razak, Sandakan, Batu Sapi dan Gombak. Sumber: Suara Merdeka
|
ifanonline replied at 18-2-2022 09:50 AM
siti ni anti-islam...
ADVERTISEMENT