CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Positif Covid-19, Fizz Fairuz Tak Nak Selfish

18-2-2022 06:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2210| Komen: 15

Dua tahun bertahan, pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan dirinya akhirnya dijangkiti virus Covid-19 pada Khamis.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, dia disahkan positif selepas enam hari menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19,” ujarnya suami kepada pelakon Datin Almy Nadia di Instagram.


Kredit foto: IG Fizz

Dalam pada itu, Fizz berkata, dia tidak mengalami sebarang simptom dan bersyukur isteri dan empat orang anaknya tidak dijangkiti virus berkenaan.

Dia juga meminta sesiapa yang ada bertemu dengannya membuat ujian calitan terutama yang mengalami simptom Covid-19.


“Tapi Alhamdulillah, isteri dan anak-anak semua negatif.



“Kesian isteri saya kena jaga anak empat orang selama tujuh hari. Anggap jela saya outstation tapi anak-anak kacau juga, ketuk pintu Assalamuaikum, lepas tu lari, cute sangat,” ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger987 18-2-2022 07:14 AM
Negative until positive...bukan soal samada akan dijangkiti...tapi bila.....

Quote Nham22 18-2-2022 07:22 AM
stinger987 replied at 18-2-2022 07:14 AM
Negative until positive...bukan soal samada akan dijangkiti...tapi bila.....

Yes...kene tunggu symptoms keluar kdg2x.. Huhu
Quote arffa 18-2-2022 09:01 AM
kiut je anak ketuk pintu pastu lari.
Quote Suchi 18-2-2022 09:15 AM
Edited by Suchi at 18-2-2022 09:17 AM

Baru lagi tu biasanya contact rapat selagi dia negatif selagi tu dia kena buat test lagi berselang hari. Nk plak kalau salah sorang yg negatif tu positif plak.
Mcm kawan iols sudahnya 22 hari dia kena kuarantin sbb ahli keluarga yg sama2 kuarantin ngn dia tu lepas sorang2 positif walaupun sblm ni negatif. Asalnya dorang contact rapat pastu duk la kuarantin sama2 result mula2 negatif pastu beberapa hari kendian buat test salah sorang positif plak so masing2 kena sambung lg kuarantin.

Quote hotmak 18-2-2022 09:43 AM
yg penting nama dekat test tu datuk datin ye moga cepat sembuh dan moga datin dan anak2 tak kena
Quote slyfynx 18-2-2022 09:44 AM
Nape aku cringe tgk DATO and DATIN dekat swab test tu?
Quote whimsicalmusic 18-2-2022 09:55 AM
2 thn btahan?
Quote mizruncing 18-2-2022 09:59 AM
andemik kan. mmg susah nak elak. klu dah kena tu redha jela n banyakkan muhasabah diri. paling penting jangan nak salahkan sapa2 klu +ve.
Quote hashashes 18-2-2022 02:44 PM
Bapak aku pun cute. Lepas dia dah letak makanan, dia tekan loceng 2,3x pasti aku bukak dah takde dah dia tau takut orang tua tu
Quote TerataiMelur02 18-2-2022 03:00 PM
Nak jugak dato datinnnn.
Adoiii batak rupanya
Quote anony-mous 18-2-2022 03:06 PM
Suchi replied at 18-2-2022 09:15 AM
Baru lagi tu biasanya contact rapat selagi dia negatif selagi tu dia kena buat test lagi berselang h ...

But skrg contact rapat pon xperlu kuarantin kan? Mcm mana la kes x mencanak2. I mmg takut nk beraya thn ni. Dah 2 doses pon kalau boleh xnk la kena sbb mcm seksa sakit tekak semua
Quote Suchi 18-2-2022 03:22 PM
anony-mous replied at 18-2-2022 03:06 PM
But skrg contact rapat pon xperlu kuarantin kan? Mcm mana la kes x mencanak2. I mmg takut nk beray ...

Skrg ni taktaula sbb kan omicron ni rata2 gejala ringan ade yg ngadu bos siap suh g je keje tak perlu kuarantin or mc bagai walaupun positif covid.
Mmg la hat kena tu tak bergejala tp tubuh semua org berbeza cemana plak kalau org lain yg berjangkit ngan dia tu daya ketahanan tubuh tak kuat?
Selagi tak kena kita pun taktau cemana tubuh kita melawan.
Iols kena masa virus tgh kuat dan ramai yg mati, time org mengandung paling ramai meninggal bulan tu dgn hospital pun penuh org.
Mmg risau laa dah la sblm tu kawan iols pun meninggal sbb covid.

Quote Nenasketum 18-2-2022 03:41 PM
Siapa test kan? Kalau sendrik test & letak Dato’ & Datin, parah wey. Teringat pulak aku kat arwah bini Yahaya Sulong, membahasakn dirinya Datin, ahaks!!!
Quote anony-mous 18-2-2022 05:04 PM
Suchi replied at 18-2-2022 03:22 PM
Skrg ni taktaula sbb kan omicron ni rata2 gejala ringan ade yg ngadu bos siap suh g je keje tak pe ...

Betul. Pelik kenapa x bergejala xpayah kuarantin. Sah2 masih mampu sebarkan virus tu. Kena kat org lain belum tentu x bergejala
Quote Trumpettt 18-2-2022 05:40 PM
Nape yg contact rapat tak pyh kuarantin dh tentu ada yg share toilet / dapur etc bukan semua org duk rumah besar

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.125633 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top