CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi Rempuh Kedai Nasi Ayam Atuk Tertekan Minyak

18-2-2022 06:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2244| Komen: 24

Sebuah Perodua Myvi dipandu warga emas hilang kawalan dan merempuh kedai nasi ayam berempah di Jalan Syed Saffi, Bintong di sini, hari ini.


Warga emas berusia 72 tahun itu dikatakan tertekan pedal minyak sebelum kereta dipandunya itu hilang kawalan merempuh kedai berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Bagaimanapun tiada kecederaan parah mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.


Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas hilang kawalan merempuh kedai nasi ayam berempah di Bintong, Kangar, Perlis, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wari Kiew berkata, kejadian berlaku ketika pemandu kereta tersebut datang dari Kangar untuk membeli makanan di kedai terbabit.

Ujarnya, semasa membelok masuk ke lorong sebelah kanan jalan bersebelahan kedai makan tersebut, mangsa tertekan minyak menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar premis berkenaan.

“Kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa. Kereta tersebut mengalami kerosakan antaranya lampu hadapan pecah, bumper dan bonet kemek, cermin sisi sebelah kanan patah dan tangki air bocor,” katanya di sini hari ini.

Tambah Wari, jumlah kerugian akibat kerosakan barangan di kedai makan itu belum dipastikan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya. 


Sumber: UTUSAN 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 11ogos 18-2-2022 07:18 AM
Alamak.. Myvi lg.. Smlm rempuh kubur huhu
Quote Thunderclouds 18-2-2022 09:31 AM
Downside pakai keta auto. Asal tkujat mmg p tekan pedel minyak. Try bwk manual.
Quote mejaputih 18-2-2022 09:33 AM
Myvi lagi...
Quote mizruncing 18-2-2022 10:18 AM
see yg tua2 bawak kereta ni tak payah laa drive dok umah dendiam boleh x
Quote piep 18-2-2022 10:18 AM
mcm2 la.. aritu rempuh kubur.. ni semua ni pakai auto ke pe
Quote azimodin 18-2-2022 10:38 AM
Myvi kena sumpah ke? Baru je semalam kecoh king rempuh tanah kubur, hari ni kedai nasik ayam pulak.
Quote acikhan 18-2-2022 10:49 AM
keta kes begini kebanyakkan nyer keta auto ke wei?
Quote sukacactus 18-2-2022 11:00 AM
Yg jenis cepat panik ni xsesuai bw kete auto
Quote eLiaD 18-2-2022 11:06 AM
jumlah yg kata Myvi only for mat reps n bbnu

RiP
Quote TomyamPuteh 18-2-2022 11:07 AM
Myvi dia tayar terkangkang ke tak?
Quote Skuau 18-2-2022 11:10 AM
kits bakau maibi...bakau maibi
Quote Supersirap 18-2-2022 11:30 AM
MYVI ni antara kenderaan yang senang bawa dan senang rempuh or atas faktor pemandu itu sendiri?
Quote Firenzza 18-2-2022 11:36 AM
Adoiii laaa.....myvi ni x abis2 buat cheap mktg la....tau la sales berganda2
Quote rospinki 18-2-2022 11:39 AM
ye myvavi kena sumpah
Quote AznieBunnie 18-2-2022 12:03 PM
mizruncing replied at 18-2-2022 10:18 AM
see yg tua2 bawak kereta ni tak payah laa drive  dok umah dendiam boleh x

adalah mokcik kami ni, pakai kereta anak, bawa pergi berjimba-jimba dengan kawan pi kelas mengaji.lepas habis pergi mamak.
masa nak masuk parking, kaki tertekan minyak - ditibainya palang, 1 honda dan 1 audi yang elok parking sebelah booth parking tu.
dia kata tiba-tiba kaki tak berasa apa-apa. rasa mcm pijak break, rupanya minyak.
kawan-kawan lari, tinggal mokcik mengigil hadap orang ramai.
kemudian insaf sekejap.
anak ambil balik kereta.

sekarang dia nak balik kereta, kawan-kawan ajak keluar berjimba-jimba lagi.
hari-hari tanya anak, bila kereta nak siap (kereta di bengkel, kena banjir).

bertabah lah anak...

Malaysia ada limit usia berapa boleh bawa kereta kah?
Quote mizruncing 18-2-2022 12:11 PM
AznieBunnie replied at 18-2-2022 12:03 PM
adalah mokcik kami ni, pakai kereta anak, bawa pergi berjimba-jimba dengan kawan pi kelas mengaji. ...

aduduhhhh tu la pasal nya. klu jadi macam ni kita nak marah sangat pn dgn org tua. tu ckp elok laa dok umah diam2. jalan kaki ke. nak keluar jugak minta sape2 hantar or naik grab ke. tp tu la masalahnya negara kita ni mmg takde limit umur org bawak kereta motor. patut jpj dah kena kaji benda ni. lagi2 apek tua bawak lagi menyirap je rasa nak langgar
Quote Artemesiaa 18-2-2022 01:02 PM
Selalu jadi macam ni pada mereka yang dah biasa pandu kereta manual bila pandu kereta auto tetiba boleh datang paniknya.
Quote MarryPottet 18-2-2022 02:43 PM
Amboih kedai tu
Reserve jalan semua pun kau sapu pacak tiang buh kusi meja
Alhamdulillah masa tu takde orang tengah makan
Kalau tak, naudzubillahhimindzalik
Kita kena ambik pengajaran dari kes ni dengan tidak akan sama sekali sapot dengan membeli atau makan kat kedai yg buat kerja haram gini
Jika terus sapot, alamatnya in future akan ada nyawa melayang akibat kerakusan peniaga2

To atok driver myvi tu pulak, bersaralah dari bawak kereta lepas ni
Quote Jitu 18-2-2022 11:50 PM
acikhan replied at 18-2-2022 10:49 AM
keta kes begini kebanyakkan nyer keta auto ke wei?

ye acik biasa yg jd mcm ni kete auto
nak tekan brek tp gi tekan minyak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052126 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top