CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

28,000 Wanita Mohon Jadi Pemandu Kereta Api Di Arab Saudi

18-2-2022 06:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 914| Komen: 0

Seramai 28,000 pemohon wanita berminat menjadi pemandu kereta api selepas iklan tawaran kerja tersebut disiarkan di Arab Saudi. 

Pengendali kereta api Sepanyol, Renfe berkata, pihaknya memerlukan seramai 30 wanita untuk direkrut menjadi pemandu pengangkutan awam itu, lapor AFP.

Jelasnya, penilaian dilakukan berdasarkan ujian dalam talian mengenai latar belakang akademik calon dan kemahiran bahasa Inggeris.


Kredit foto: BBC

“Seramai 30 calon yang layak dan terpilih nanti bakal memandu kereta api yang menghubungkan bandar Mekah dan Madinah selepas menjalani latihan berbayar selama setahun,” jelasnya.


Menurut Renfe, pihaknya komited membuka peluang kepada golongan wanita dalam sektor perniagaan tempatan.

Katanya, seramai 80 pekerja lelaki dilantik untuk memandu kereta api di Arab Saudi selama ini.

Sebelum ini, peluang pekerjaan bagi golongan wanita hanya terhad untuk menjadi guru dan petugas perubatan.

Namun, Arab Saudi mula mengubah polisi tersebut dengan membuka peluang kepada wanita untuk memandu di negara itu sejak 2018.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.066226 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top