CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masa Suntuk Untuk Selamatkan Budak 9 Tahun Jatuh Perigi Sejak Selasa

18-2-2022 06:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1536| Komen: 13

Penyelamat kini kesuntukan masa untuk mengeluarkan seorang budak lelaki yang terjatuh dalam lubang perigi di selatan Afghanistan.

Mangsa dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap di dalam lubang tersebut selama dua hari sejak Selasa lalu.


Imej CCTV kedudukan Haidar dalam lubang perigi tersebut.

Insiden menimpa kanak-kanak berusia 9 tahun itu berlaku di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.

Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia 5 tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter (m) di Maghribi.


Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Perigi tersebut dikatakan mempunyai kedalaman 24 m (82 kaki) dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.


Kredit foto: Twitter

Sementara itu, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi laman Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa Haidar tersangkut di celah bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

”Persis seperti Rayan dari Maghribi, seorang kanak-kanak telah jatuh ke dalam perigi yang dalam dan tersangkut pada batu di wilayah Zabul Afghanistan.

”Dia setakat ini masih hidup dan batu itu cuba untuk dibelah bagi mengeluarkan mangsa. Mohon doakan,” ciap beliau.

Tambah Abdullah, bantuan oksigen, ambulans serta beberapa keperluan lain telah berada di tempat kejadian.

"Kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan kadang kala meminta bantuan makanan dan minuman,” ujarnya. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupai 18-2-2022 07:38 AM
Mak bapak nye mana sampai jatuh perigi…
Quote darkness 18-2-2022 07:42 AM
Kenapalah perigi tu tak ditimbus lepas air dah xda? Ataupun tutuplah pakai papam berat ka..dulu2 bukan aku tak biasa perigi2 ni. Tapi lepas pakai, aku atau org lain mesti tutup pakai kayu org plywood berat supaya tak jadi apa2
Quote JunkMail 18-2-2022 07:44 AM
Lagi? Haihhhhhh
Quote Samerosie 18-2-2022 07:45 AM
Lepas satu news keluar pasal budak jatuh perigi the next few weeks banyak la nanti keluar cerita budak jatuh perigi gak.  
Quote Samerosie 18-2-2022 07:49 AM
darkness replied at 18-2-2022 07:42 AM
Kenapalah perigi tu tak ditimbus lepas air dah xda? Ataupun tutuplah pakai papam berat ka..dulu2 buk ...

Depa ni tak reti ke buat tembok tinggi sikit around the well mcm wishing well kita selalu tengok tu.  Memang accident waiting to happen la kalau tak de, buka setakat budak binatang pun boleh terjatuh dalam tu jadi bangkai pastu depa guna air tu.  
Quote darkness 18-2-2022 08:04 AM
Samerosie replied at 18-2-2022 07:49 AM
Depa ni tak reti ke buat tembok tinggi sikit around the well mcm wishing well kita selalu tengok t ...

Tu la...heran jugak..ke terlalu banyak perigi sampai tak larat nak timbus semula
Quote Mini.Me 18-2-2022 08:51 AM
Apesal laa tak ttup or kambus perigi tu...kalo ade  lagi air dlm tu lg laa kojol terus
Quote mejaputih 18-2-2022 08:58 AM
Its time la negara2 pdg pasir ni arahkan segala perigi mcm ni kalau dah xde air kambus je. Dan mana yg masih guna tu bina tembok (kerek) dan ditutup utk safety. Kos usaha menyelamat mcm nilg tinggi  dari bina kerek satu wilayah.
Quote Kurex 18-2-2022 09:00 AM
Semoga semuanya berjalan dengan lancar
Quote jahcomel 18-2-2022 09:13 AM
mejaputih replied at 18-2-2022 08:58 AM
Its time la negara2 pdg pasir ni arahkan segala perigi mcm ni kalau dah xde air kambus je. Dan mana  ...

Pakai kerek tu senang, dr jauh org dh nmpk kerek tuh
Quote maharani_gebu 18-2-2022 09:21 AM
dah start dah.... lepas satu, satu kes jadik....
Quote mizruncing 18-2-2022 09:26 AM
haihhh tak paham laa. sengaja ke ape ni. nape laa careless sangat
Quote Levespa 18-2-2022 10:47 AM
tak ambik pengajaran ke kes Rayan? mana2 tempat yang ada perigi buta tu tutup la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.045519 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top