Terdapat satu isu di Tiktok melibatkan pensyarah yang tidak diketahui namanya bersikap kurang ajar hingga mencetuskan kemarahan netizen.
Hanya disebabkan pelajarnya lambat untuk menghantar tugasan, dia bertindak untuk membuangkan saja tugasan tersebut. Akibat dikecam, video tersebut telah pun dipadam. Isu ini telah menarik perhatian pensyarah lain untuk menegur tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan itu.
Dr Zach sebagai salah seorang pensyarah berkongsi pendapat dengan netizen tentang perbuatan buruk itu. Dia mengatakan jika kita mengenalpasti seseorang pelajar itu bermasalah, maka sebagai pensyarah harus berhubung dan mengajak pelajar tersebut berbincang secara baik. Tambahnya lagi, pensyarah tidak boleh melibatkan emosi dalam mendidik. Apa pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar dengan berbuat demikian? Ini akan menambahkan lagi rasa kecewa setelah berhempas-pulas menyiapkan tugasan. Menjadi seorang pendidik seharusnya mempunyai nilai sabar di dalam diri dan niat kerja juga perlu telus untuk masa depan dunia pendidikan. Ini adalah sejenis pensyarah yang tidak matang padahal boleh saja dibawa berbincang. Semua orang ada masalah masing-masing, apa salahnya belajar memahami dahulu tanpa perlu bersikap biadab. - CARI
|
swimswim replied at 17-2-2022 11:50 PM
Jgn nak pamper unnecessarily students2 ni. Bila masuk workforce nnt jadi tak pandai nk respect work ...
ADVERTISEMENT