Port Dickson: Pemilik kedai emas nekad mengejar dan menghimpit kenderaan dinaiki kumpulan lelaki yang menyamunnya di sebuah stesen minyak di Lukut di sini.
Bagaimanapun, kumpulan lelaki berkenaan berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan dipandu rakan mereka dalam kejadian pada 10.15 pagi itu. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang berusia 50 tahun memandu Toyota Camry sebelum itu diserang dan dihalang lima lelaki bersenjatakan parang serta menaiki dua buah kenderaan di stesen minyak terbabit.
Menurutnya, suspek menggunakan dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Honda CRV untuk menghalang belakang dan depan kenderaan mangsa yang berhenti berhampiran pam petrol. Katanya, suspek kemudiannya mengambil tiga buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri. "Mangsa terus mengejar kenderaan suspek dan dapat menghimpit Honda CRV hingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan serta terbabas sebelum terbalik di bahu jalan," katanya. Aidi Sham berkata, mangsa yang terlajak kemudiannya berpatah balik tetapi kumpulan suspek itu berjaya melarikan diri dengan kenderaan rakannya. Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan dalam kejadian itu akibat terkena parang suspek. "Polis memeriksa Honda CRV yang terbalik di hadapan kedai tepi jalan Lukut dan ditemukan semula dua beg berisi barang kemas yang cuba dilarikan suspek. "Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek juga ditemukan dua bilah parang dan satu set walkie talkie yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun mangsa," katanya. Menurutnya, hasil semakan ke atas nombor casis kenderaan terbabit mendapatinya pernah dilaporkan hilang dan disamun pada 25 November lalu di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Katanya, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan dalam kejadian itu akibat terkena parang dan polis juga percaya suspek juga mengalami kecederaan namun berjaya meloloskan diri. "Usaha mengesan mereka itu sedang giat dijalankan dan pihak polis meminta orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya tampil membantu. "Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Fatiha Nur Hamidus di talian 013-6217365 atau Hotline IPD Port Dickson, 06-6462999," katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebat. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mikasa replied at 17-2-2022 03:06 PM
Kawan aku satu sekolah dulu .onwer kedai mas. Ada 2 kedai dalam shopping mall yang femes yang berde ...
mikasa: Kawan aku satu sekolah dulu .o ...
jazaa100 replied at 17-2-2022 03:36 PM
Satu beg je lah brg kemas yg perompak tu dpt.....duit brp le pulak....
Berani betul tokey ni.....
chandrahusin replied at 17-2-2022 03:41 PM
wah! hebat
dapat balik brg2 dia
2 beg brg kemas & dokumen peribadi
pyropura replied at 17-2-2022 03:42 PM
Mungkin kah tokey kodai emas ni bekas penyamun juga ?? Baru bertemu buku & ruas
ADVERTISEMENT