CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Perasan Dah Dialihkan, Budak 8 Tahun Maut Jatuh Gelongsor Air

17-2-2022 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2433| Komen: 12

Brazil – Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada sebuah gelongsor air yang dialihkan berketinggian 13.716 meter, lapor akhbar MailOnline.


Davi Lucas de Miranda menaiki gelongsor di Taman Air Acqua Roma di negeri Goias, Brazil pada petang Ahad lalu, tanpa menyedari binaan tersebut sedang dalam penyelenggaraan.

Papan pemberitahuan dan sekatan yang diletakkan dikatakan tidak mencukupi sehingga menyebabkan empat gelongsor air kelihatan dibuka kepada orang ramai. Sebahagian daripada tiga gelongsor air telah dialihkan tetapi tidak dapat dilihat dari permulaan gelongsor.


Foto: Newsflash


Davi dilaporkan melepasi sekatan iaitu jalur pita yang diletakkan di pintu masuk permainan tersebut, kata polis. 

Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan memanjat ke permulaan gelongsor dan memasuki salah satu daripadanya. Hanya satu pintu masuk ke empat gelongsor itu ditutup dan Davi dilaporkan memasuki tiub gelongsor yang dibuka.

Mangsa terjatuh pada ketinggian 13.716 meter lalu menghempap rangka kayu dan besi yang menyokong gelongsor berkenaan sebelum berguling ke dalam kolam sedalam 71.12 sentimeter (sm).

Dia masih hidup ketika diselamatkan tetapi  meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Davi terlepas daripada pengawasan apabila dia ditinggalkan oleh bapa dan adik lelaki yang berusia setahun untuk menggunakan bilik air.

Mangsa dikebumikan di kampung halaman keluarganya di bandar Conselheiro Lafaiete,  negeri Minas Gerais pada Isnin lepas. Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-2-2022 02:46 PM
Kesiannyaaaa..takziah.
Quote cmf_PariS 17-2-2022 02:53 PM
kesiannya... aduhaiii
Quote uori 17-2-2022 03:14 PM
kesiannya alahai dikkk
Quote anony-mous 17-2-2022 03:15 PM
Kesiannya. Dah ajal sbb bukan salah sapa2. Berita ni pon ckp dia sendiri lepas kan diri lalu ikut pita, bapak pulak tgh setelkan ank bongsu, umur dia dah besar kalau ikutkan boleh fikir , maybe jenis nakal suka main. Takziah
Quote supernaturalee 17-2-2022 03:32 PM
anony-mous replied at 17-2-2022 03:15 PM
Kesiannya. Dah ajal sbb bukan salah sapa2. Berita ni pon ckp dia sendiri lepas kan diri lalu ikut pi ...

salah pihak taman tema
dh tau benda dlm penyelenggaraan
tmpt main bdk2
tp xde petugas kt area tu
ltk papan tanda je igt bdk nk baca sgt tgh seronok2 tu

Quote tukul 17-2-2022 03:37 PM
Saman la weh..ni jelas2 salah taman tema
Quote Belibis 17-2-2022 03:51 PM
Ini serammmm..siyes aa
Quote SayaSayangMama 17-2-2022 05:36 PM
Sejenis nakal suka cuba cuba je nk buat semua benda. Mujur budak lagi masuk la syurga ko dikk main puas puas kt atas sana.
Quote tipah89 18-2-2022 09:40 AM
kesiannya.. mmg obviousla kesilapan pihak taman tema. saman je
Quote harisbee 18-2-2022 10:24 AM
taman tema pun nampak mcm pprt....harus kekurangan pekerja nak jaga...kesian budak jd mangsa
Quote Decaffeinated 18-2-2022 11:41 AM
banyak sangat safety barrier yang fail ni

Untuk sesuatu mala petaka like this to happen memerlukan lebih dari satu kebodohan. In other words bodoh perlu bertingkek-tingkek ganda lima.

Quote Lagubestbest 21-2-2022 02:50 AM
SayaSayangMama: Sejenis nakal suka cuba cuba je nk buat semua benda. Mujur budak lagi masuk la syurga ko dikk main puas puas kt atas sana.


a'a kan.. kalo kanak-kanak meninggal bila fikir balik kita kena happy diorang sah syurga. Lain machiam.. tp kenyataan.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.054413 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top