Impian menjadi realiti, itu antara pengakuan penyanyi dan komposer, Aina Abdul apabila dapat bertemu dan duduk sebaris dengan penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Katanya, dia sangat teruja apabila pihak produksi mempelawanya untuk menjadi Juri Juara dan duduk bersebelahan Siti pada konsert minggu kedua Big Stage 2022. “Dia punya aura itu lain macam. Saya memang gemuruh bila produksi hubungi saya dan cakap saya perlu jadi juri juara terus saya fikir “Ya Allah aku akan duduk sebelah Tokti. “Saya takut juga sebab kita belajar lagu dia selama ini macam itu adalah rujukan kita. Sebagai penyanyi, saya tidak tengok penyanyi lain sebab semua lagu dia saya hafal dan dia sangat baik dengan saya. Dia buat saya selesa dan tanya sama ada saya tahu atau tidak mengenai bagaimana penjurian markah dibuat, dia ajar saya, comelnya dia!" kongsinya.
Dedah penyanyi yang popular dengan lagu Sepi ini, pada awalnya dia berasa agak gemuruh untuk bertemu dengan Siti kerana begitu menghormati penyanyi itu. Namun, setelah bersapa dengannya, Aina menyifatkan Siti sebagai figura yang mudah didekati. Dalam pada itu, Aina berkesempatan untuk berkongsi tip kepada semua peserta rancangan itu untuk melawan perasaan gemuruh. “Buat semua peserta apa yang sering saya lakukan tengok atas dan ingat kita nyanyi untuk siapa kerana itu akan lawan kembali perasaan gemuruh,” katanya. Pesan Aina, meskipun mereka berada di dalam sebuah pertandingan, kesihatan harus diutamakan dan tidak perlu memaksa diri sekiranya berada dalam keadaan tidak sihat apatah lagi ketika wabak COVID-19 sedang melanda dunia. “Bagi saya kita kena lihat pada diri kita sendiri. Kalau kita rasa tak boleh lakukannya, jadi jangan lakukannya. Sesetengah peserta yang kena kuarantin kita memang tak boleh nak elak tetapi dalam pertandingan bagi saya kekuatan mental juga adalah penting itu yang saya pegang dari dulu,” katanya lagi menutup bicara. Sumber: Murai
|
prince_marhaen replied at 17-2-2022 03:15 PM
harap-harap fanatik AA tidak lagi meratib AA tidak direcognize oleh DS Siti....asyikkk lah nak compa ...
prince_marhaen replied at 17-2-2022 03:15 PM
harap-harap fanatik AA tidak lagi meratib AA tidak direcognize oleh DS Siti....asyikkk lah nak compa ...
laksmanabentan: bagus aina ni bila komen... ma ...
balakkampung replied at 17-2-2022 09:22 PM
sedap aina nyanyi lagi It's All Coming Back to Me Now malam tu...belum pernah lagi aku tgk mana2 pes ...
miracle_forever replied at 18-2-2022 11:15 AM
ada. Tok Ecah nyanyi lagu tu kat final GV dulu
miracle_forever replied at 18-2-2022 11:15 AM
ada. Tok Ecah nyanyi lagu tu kat final GV dulu
ADVERTISEMENT