Sebelum ini, kecoh juga cerita tentang Julia Farhana Marin membela anjing sehingga ada yang mempersoalkan bagaimana dia menjaga haiwan tersebut tanpa melanggar hukum agama yang diamalkan. Terbaharu, Julia memuat naik sekeping foto hebahan memohon orang ramai untuk membela anjing jalanan. Kata Julia, dia terpaksa melupakan hasrat untuk membela haiwan tersebut kerana perlu mengikut hukum yang ditetapkan agama.
|
ADVERTISEMENT