|
Tular di Twitter, video memaparkan seorang bapa melakukan aksi 'wheelie' sedangkan ketika itu anaknya berkemungkinan berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun ada bersamanya. Rakaman yang dimuat naik menerusi akaun My_CrimeWatch itu juga menunjukkan bapa dan anak kecil itu menunggang motosikal tanpa sebarang pakaian keselamatan apatah lagi topi keledar. Ia mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap tindakan lelaki tersebut umpama memperjudikan nyawa anaknya hanya kerana ingin menunjukkan kebolehannya melakukan aksi berkenaan.
Berdasarkan perbualan dalam video berkenaan, ia diawali dengan suara seorang lelaki yang meminta bapa terbabit untuk menunjukkan kepakarannya melakukan 'wheelie'. Mulanya, bapa kepada kanak-kanak itu menolak kerana dia sedang membawa anaknya bersama. Bagaimanapun, lelaki itu terus mendesak dan akhirnya bapa tersebut akur pada permintaan. Pada masa ini, terlalu banyak 'content' yang dianggap mengarut dan bodoh tular di media sosial. Rata-rata, ramai yang tidak terfikir sensitiviti ketika membuat rakaman dan hanya meminta maaf selepas menerima kecaman daripada orang ramai. |

faraway1 replied at 17-2-2022 04:40 PM
Tak boleh ke polis tangkap atas alasan cubaan membunuh anak, tak cerdik sangat bapak, dia ingat oran ...
krustykrab replied at 17-2-2022 03:52 AM
Kt msia ni senang buat anak, sorg mati berjuta2 sperm sdg menunggu...nt yg dh mati tu akn bawa par ...
Suchi replied at 17-2-2022 10:42 PM
Dah kena tahan polis dah iols tgk kat fb pdrm tu nama fb dia pun ada.
Pakai baju kurta putih tu gak, ...
ADVERTISEMENT