CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Umur Satu Tahun Mak Dah Bagi Milo Ganti Susu,"-Raja Ilya Ada Masalah Gigi

17-2-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 529| Komen: 5

Raja Ilya, 37, mendedahkan suatu ketika, dia mempunyai masalah untuk meneruskan rawatan pemutihan gigi memandangkan giginya menjadi terlalu sensitif gara-gara dari kecil tidak disiplin dalam bab penjagaan.


Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, sebelum ini, adalah menjadi rutinnya pada setiap tiga bulan sekali untuk membuat rawatan pemutihan namun kemudiannya dinasihatkan berhenti oleh doktor.


Foto: IG

“Dulu, hampir setiap tiga bulan saya akan pergi buat rawatan pemutihan gigi. Akhirnya, doktor yang merawat kata memang dah tak boleh buat.

“Gigi saya jadi sangat sensitif dan langsung tak boleh buat apa-apa rawatan pemutihan. Habis itu, mana tidaknya, dari kecil tak jaga gigi.


“Umur satu tahun mak dah bagi Milo ganti susu sebab saya ada masalah intoleransi laktosa (lactose intolerant). Apa cerita!”katanya.



Raja Ilya berkata demikian dalam satu perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, kata pelakon Appalam dan KL Vampires ini, dia kemudiannya mencuba membuat rawatan veneer demi mendapatkan gigi yang cantik.




“Kemudian saya pergilah ke Bangkok, Thailand untuk buat rawatan veneer. Tapi lepas buat, baru saya perasan, bukan main besar lagi dia buat. Dah macam gigi Jim Carey dalam filem The Mask!

“Akhirnya, saya dapatkan rawatan yang sama di Kuala Lumpur. Harga pun tak mahal dan sekali buat memang nampak macam gigi betul,” katanya.



Dalam pada itu, kata Ilya, dia juga tidak sabar untuk pulang ke tanah air untuk mendapatkan rawatan yang sama di klinik yang diyakininya.

“Empat tahun dah saya pakai veneer ini. Tak sabar nak balik buat rawatan susulan. Sanggup saya tunggu walaupun di sini (Perth, Australia) ada juga.

“Tapi, di sini, majoriti banyak doktor buat yang akhirnya gigi nampak tebal dan besar. Macam palsu pun ada,”katanya.



Raja Ilya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada tanggal 23 Disember 2018.

Selepas berkahwin, Ilya meninggalkan Malaysia dan menetap di Perth bersama suaminya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote babelina 17-2-2022 11:37 AM
dia ngn laki dia muka pelik.. dua2 buat kot...
Quote bedahmenjuyah 17-2-2022 11:04 AM
So semua pun plesu la ye. Nama penuh tu ori ke plesu juga?
Quote mamajawie 17-2-2022 10:49 AM
muka dia ni makin lama makin pelik
Quote cikatilia 17-2-2022 10:43 AM
mcm weird bentuk bontot
Quote prince_marhaen 17-2-2022 10:37 AM
iklan review milah begum karipuley ni pun jadi berita? aiyoooooo... ntah ntah mak dia bagi minum rasem je banyak2 masa kecik... hihi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.151003 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top