Baru-baru ini, pengasas kosmetik ESW dan influencer, Iddin Syah meluahkan rasa kecewanya apabila kek majlis resepsi perkahwinannya seperti indah khabar dari rupa. Kata Iddin, kos kek perkahwinannya itu telah menelan belanja sebanyak RM7,000 kerana dia mahu menempah kek dengan hiasan batu Swarovski. Namun, Iddin sangat kecewa dan rasa tertipu di saat dia melihat kek tersebut di majlis resepsinya. Menurutnya lagi, dia inginkan sesuatu yang lain dari lain kerana majlis perkahwinan ni jarang berlaku dan hanya sekali seumur hidup. Jadi, memang Iddin bercadang 'all out' untuk majlis perkahwinannya untuk mengenang jasa isterinya yang sentiasa ada bersamanya. Tambah Iddin, kek yang dilihat pada majlis perkahwinannya iaitu memang tidak seperti yang digambarkan. Kualiti kek tersebut sangat teruk dan saiz juga sangat kecil. Lebih memburukkan keadaan apabila dia mengetahui bahawa batu yang diguna pada kek tersebut bukanlah batu Swarovski. "Kek real yang boleh dimakan sangat kecil daripada kek Secret Recipe. Sangat tak berbaloi. Untuk pengetahuan semua, hanya dua tingkat kek sahaja yang real dan yang lain hanyalah dummy" ![]() Sumber: Instagram Iddin Syah Di akhir kapsyen, Iddin meminta orang ramai untuk menilai sendiri kek tersebut. Niatnya bukan untuk menjatuhkan vendor tetapi dia tidak mahu perkara yang sama berulang kepada orang lain. -CARI
|
indenial replied at 17-2-2022 12:14 PM
Nampak obvious ya kalau pakai produk ada mercury ni. Muka berkilat merah2
ADVERTISEMENT