CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gara-Gara Video Mesra, Peminat Zul Ariffin Marahkan Nelissa Nizam

17-2-2022 10:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2499| Komen: 14|Original author: Tatod


Pelakon, Nelissa Nizam mengakui ada peminat aktor, Zul Ariffin yang marah kerana aksi mesra mereka ketika menjayakan sesi penggambaran promosi drama Tarik Aku Ke Syurga.

Kata Nelissa, dia dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai status hubungannya dengan Zul. Bagaimanapun, aktres berkenaan menegaskan dia dan aktor itu hanyalah rakan sekerja.



"Ada peminat Zul yang marah tetapi saya abaikan saja komen atau mesej berkenaan. Memang dari dahulu lagi saya balas komen yang baik-baik saja, yang negatif saya abaikan.

"Memang ada yang tegur aksi mesra itu tetapi ia hanyalah sebahagian daripada babak penggambaran. Perkongsian itu juga bertujuan untuk makluman drama itu tidak lama lagi akan ditayangkan," katanya kepada Mstar.



Bagi Nelissa, tidak ada adegan keterlaluan kerana setiap perkara yang dilakukan itu adalah tuntutan watak. Sedutan babak mahupun video promosi berkenaan hanya dimuat naik pada akhir penggambaran drama bersiri itu.

Bergandingan dengan Zul menerusi drama Tarik Aku Ke Syurga, Nelissa bersyukur kerana aktor itu banyak membantu memudahkan urusan penggambaran. Hubungan baik yang terjalin juga masih kekal hingga ke hari ini.

"Penggambaran sudah selesai. Walaupun tidak lagi berjumpa di set tapi kami masih bertanya khabar tetapi lepak bersama itu tak ada," katanya.


Mesra sangat ke yang marah-marah tu? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainonymous 17-2-2022 10:53 AM
iyooo lahhhhhh. julripin ni mmg suka pegang2 perempuan ek.
Quote bedahmenjuyah 17-2-2022 11:07 AM
Kurang kurang org ko dah kenal ko kan. Hah menang menang gitu.
Quote orkid_amani 17-2-2022 12:44 PM
Tua dah wei Zul ni..adoiii dah xsesuai pegang watak hero2..apa dah kurang sgt ka hero kat Msia ni..
Quote gideoncross 17-2-2022 01:06 PM
Delusional sungguh fans ZA ni.
Quote tulip-rain 17-2-2022 01:31 PM
Geli tengok si jul ni. Mcm hebat sangat berlakon.
Quote Mopiko 17-2-2022 01:34 PM
sorry lah tak pernah minat zul ni berlakon..dia bercakap macam susah nak dengar
Quote NazRysha 17-2-2022 01:50 PM
muka kiri mcm muka bini eizlan
Quote bulalof 17-2-2022 02:25 PM
murahnya....
Quote Kepot 17-2-2022 04:05 PM
tulip-rain replied at 17-2-2022 01:31 PM
Geli tengok si jul ni. Mcm hebat sangat berlakon.

khennn..
cakap kontrol tak dengo apa dialog bijik dia cakap.
Quote cheezel 17-2-2022 04:46 PM
Dah la gemuk besar. Gatal gelenyar plk. Dah tandus hero sgt ke
Quote aemon 17-2-2022 04:49 PM
ni nak mengulang zaman kegemilangan ayda mat aris dgn esbok ke?muka dah le lebih kurang.
Quote lolipopmanish 17-2-2022 04:51 PM
Bamjul dah tua ade lg yg rembes ngan heols ni
hari tu ade ulangan drama heol dgn azira tu eee rengsa tgk
heol bercakap mcm dlm kelambu bisik2 gitu
Quote She-Ra 17-2-2022 04:53 PM
dia ni haritu kemain jgk kan siap ikut EL ke sana sini
berkurta bagai.. sudahnya kembali ke asal
Quote dudaberhias 17-2-2022 04:54 PM
tulip-rain replied at 17-2-2022 01:31 PM
Geli tengok si jul ni. Mcm hebat sangat berlakon.

lepastu nampak kertu n tak tasty dah kak lip... dah macam aaron aziz dah orang kata rhoper peti ais... peti ais yang lama warna hijau tu kelvinator orang panggil... moyang kepada peti ais LG ketuk2....

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.091547 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top