Sabak Bernam: Seorang remaja lelaki yang ditemukan lemas di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak, dikatakan sempat mengemas rumah keluarganya di Kampung Parit Baru di sini.
Kelakuan pelik Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, 20, itu disedari ahli keluarganya yang dianggap menjadi petanda awal pemergiannya dalam tragedi tersebut. Kakak mangsa, Siti Suzelawati, 38, berkata, Allahyarham dilihat bertungkus-lumus mengemas rumah berkenaan seolah-olah mahu menyambut kehadiran ‘tetamu’. Katanya, arwah adiknya itu kebiasaannya tidak mengambil peduli sekiranya diminta melakukan demikian sebelum ini.
“Namun, semalam kelakuannya dilihat agak pelik seperti ada tetamu yang ingin datang ke rumah kami. Kami tidak menyangka rupa-rupanya akan menyambut kepulangan jenazah arwah adik buat kali terakhir,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya itu, petang semalam. Semalam, Utusan Online melaporkan kegembiraan empat sekawan mandi di air terjun itu berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan mati lemas. Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mayat Muhammad Amirul Hafidz ditemukan hampir sejam selepas mayat rakannya, Muhammad Fikri Adam Azmi, 20, dibawa naik oleh orang awam. Difahamkan, kedua-dua mangsa datang ke lokasi berkenaan bersama dua rakan mereka dari Sabak Bernam untuk mandi sebelum seorang daripada mereka dilihat terkapai-kapai di tengah lubuk. Jelas Siti Suzelawati, Allahyarham turut sempat memohon maaf kepada ibunya, Normah Sharif, 59, sebelum kejadian itu. “Arwah sempat memeluk dan menciumnya sambil meminta ibu mengampunkan segala dosanya sebelum bertolak ke Perak. Biarpun reda, keluarga amat merasai kehilangan Muhammad Amirul yang disifatkan berperibadi baik dan mendengar kata,” luahnya. Tambah guru sekolah agama itu, dia mengetahui kejadian lemas itu ketika bersiap untuk mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam. “Saya hanya mampu berdoa supaya segalanya dipermudahkan dan arwah ditempatkan di kalangan insan beriman. Jenazah Allahyarham Muhammad Amirul dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Batu Baroh selepas selesai urusan bedah siasat,” ujarnya. – CARI Sumber: Utusan Online
|
babelina replied at 17-2-2022 12:36 PM
Innalillah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
ingt aku arwah abg aku.. masa tu dia 14thn.. m ...
bondeh replied at 17-2-2022 12:52 PM
Sedihnya
Arwah abang I meninggal usia 18 tahun. Pagi sebelum dia meninggal dia sempat pergi In ...
babelina replied at 17-2-2022 12:36 PM
Innalillah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
ingt aku arwah abg aku.. masa tu dia 14thn.. m ...
rmin replied at 17-2-2022 01:17 PM
sebak baca ni..semoga roh abg babe ditempatkan dikalangan roh org beriman
bondeh replied at 17-2-2022 12:52 PM
Sedihnya
Arwah abang I meninggal usia 18 tahun. Pagi sebelum dia meninggal dia sempat pergi In ...
bondeh replied at 17-2-2022 04:52 AM
Sedihnya
Arwah abang I meninggal usia 18 tahun. Pagi sebelum dia meninggal dia sempat pergi In ...
ADVERTISEMENT