Ernie Zakri berkata, dia dimasukkan ke hospital semalam gara-gara mengalami tahap hemoglobin (protein dalam sel darah merah) rendah, bukannya kerana tarikh jangkaan bersalin sudah tiba.
Ujar pelantun lagu Boneka itu, dia hanya dimasukkan ke hospital selama sehari dan dibenarkan pulang ke rumah pagi tadi. Dia berkongsi perkara tersebut menerusi InstaStorynya dengan memaparkan dirinya ditemani suami, Syamel yang setia di sisi. “Ada yang tanya kenapa masuk hospital. Belum lagi, belum ‘due’ (melahirkan). Insya-Allah doakan. “Tapi kena masukkan iron (zat besi) sebab hemoglobin saya agak rendah. Tak begitu rendah tapi agak rendah. Apa yang terbaik, buat sajalah. Ikut saranan doktor. Doakan dipermudahkan. Esok pagi (hari ini), dah boleh balik,” katanya.
Ernie yang kini sarat hamil anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Syamel sedang menunggu waktu untuk melahirkan. Dia dijangka melahirkan bayi sulungnya yang merupakan anak perempuan menjelang hujung bulan ini. |
indenial replied at 17-2-2022 10:04 AM
Takutnya nak beranakkkk
mamajawie replied at 17-2-2022 10:48 AM
iollss pun cam chuollss masa nak bersalin anak kedua hujung tahun 2020 cm sengsara je pkir xnak pr ...
indenial replied at 17-2-2022 11:33 AM
Hahahaa. Betul la orang cakap perempuan memang cepat je lupa sakit tu. Tau2 je beranak lagi. Iols ...
Kancilkering replied at 17-2-2022 11:50 AM
moga dipermudahkan……ank lelaki kut hehehehe
ADVERTISEMENT