CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dulu Tengok Kecil Lagi," Netizen Tak Sangka Hadi Dan Dayana Sudah Ada Anak

17-2-2022 11:32 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3848| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Hadi


Masih ingatkah semua dengan pelakon kanak-kanak yang dahulunya popular menerusi drama bersiri Elly dan Epit iaitu Dayana Amerda dan Hadi Mazlan? 

Untuk pengetahuan semua, Dayana dan Hadi telah berkahwin pada pertengahan tahun 2019. Kini pasangan muda ini sudah pun mempunyai seorang cahaya mata.

Sumber: Instagram Hadi

Puteri sulung pasangan ini diberi nama Maryam Hadiya yang kini telah berusia hampir 2 tahun. 

Baru-baru ini, Hadi ada berkongsikan beberapa gambar terbaru Maryam di akaun Instagram miliknya. 

Pasangan ini jarang berkongsi gambar Maryam, apabila sekali-sekala dikongsikan pasti akan mendapat perhatian ramai.

Sumber: Instagram Hadi

Rata-rata netizen menyatakan bahawa wajah Maryam sangat seriras seperti wajah ayahnya. Semakin Maryam membesar, semakin comel Maryam dengan kulitnya yang putih melepak.

Meninjau ke ruangan komen, ramai berpendapat bahawa cepat sungguh masa berlalu sehingga pasangan ini telah mempunyai anak. Ada juga yang memuji kecomelan puteri sulung mereka.

Sumber: Instagram Hadi

Rasanya seperti baru semalam Hadi dan Dayana masih kanak-kanak lagi. Kini mereka berdua sudah pun bergelar ibu dan bapa. Semoga Maryam Hadiya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu-bapanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 17-2-2022 11:58 AM
comel anak dia
Quote Thunderclouds 17-2-2022 12:41 PM
Makpak+anak sama comel. Mohon xyah stalk ig depa utk bukak tered. Depa bukan sapa2. Sikit2 kutip ig story org wat modal bukak tered. Lama2 porumer menyampah. Patu bbakul2 maki bukan2. Pdhal bukan retis pon.
Quote bondeh 17-2-2022 12:43 PM
Kombinasi yang comel. Harap menjalani kehidupan aman2.
Quote beatgirlX 17-2-2022 01:29 PM
Oiii ..aku dah tua gamaknyaa..dulu layan wei citer ni ????????????????
Quote hyie 17-2-2022 04:12 PM
ex bf dayana dulu sapa ye? yang sebelum/selepas diorang ni kawin, ada kejap kontroversi pasal pemilikan lagu
Quote dudaberhias 17-2-2022 04:14 PM
Omg yus are whoooooo, alamak citer apa ni... Menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua sebab kaka tak cukup tua untuk mengenali theyols dua ni mahupun citer yang theyols berlakon...

Buat yang kenal theyols dua ni di minta beli Estee Lauder advanced night repair dan titik di wajah setiap malam supaya boleh tampak muda kembali. Mungkin tak boleh jadi muda seperti bayi tapi kurang2 nampak muda sikit dari jahlop atau mamakentut cukup lah.
Quote alepmama 17-2-2022 04:18 PM
ex naim daniel kan
Quote ainie_1008 17-2-2022 04:22 PM
maaf tak kenal. ingat dayana roza, rupanya dayana lain.
Quote makton 18-2-2022 07:34 AM
x penah tgk cite elly epit ni. so tak kenal deme

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064365 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top