CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Baru Lahir Dihurung Semut, Dibuang Di Kantin Sekolah

17-2-2022 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 972| Komen: 3

Kakitangan sekolah digemparkan dengan tangisan bayi dari kantin sebuah sekolah di Ranto Peureulak di Aceh Timur, Indonesia pada Rabu.

Bayi lelaki itu dipercayai baru lahir dan dibuang oleh ibu kandung ditemui di kantin Sekolah Swasta Ibtidaiyah (MIS) Desa Tampak.

Ketua Polis Daerah Ranto Peureulak, Iptu Eko Suhendro berkata, pada mulanya warga sekolah mendengar tangisan seorang bayi.


Foto: Kompas

Sebaik menemui bayi itu, pegawai sekolah menghubungi ketua kampung, seterusnya ke Balai Polis Ranto Peureulak.

Bayi berkenaan dimandikan terlebih dahulu sebelum dibawa ke Pusat Kesihatan Ranto Peureulak.

"Keadaan bayi ini sangat sihat ketika dijumpai. Beratnya tiga kilogram dan ketinggiannya adalah 50 sentimeter.

"Ketika ditemui, bayi ini dibungkus dalam kain sarung dan diletakkan di atas meja kantin sekolah.

"Lebih menyedihkan apabila bayi ini dijumpai dengan badannya dipenuhi bintik merah akibat gigitan semut," katanya sambil menambah bayi itu menerima rawatan perubatan. - CARI

Sumber: mStar Online/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 17-2-2022 10:45 AM
Allahuakbar..sedih lak baca berita ni pagi2..huwaaa
Quote darkness 17-2-2022 10:46 AM
Alhamdulillah selamat..
Quote dua_chzy 17-2-2022 11:11 AM
3kg wei. Panjang pun 50cm. Baby besar ni. Sampai hati buang. Mungkin terdesak. At least takda la dicampak ke sungai ka ditikam ka.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.135352 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top