CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prank Ke? Video Lelaki Terbakar 80 Peratus Undang Spekulasi Netizen

17-2-2022 10:36 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 3816| Komen: 27


Tular di media sosial video seorang lelaki sedang marak terbakar di tepi jalan di Perlis bersama kenderaannya.

Memetik laporan portal Berita RTM, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.45 malam tadi di Jalan Baru, Kampung Syed Omar, Bintong. 

Difahamkan, lelaki yang memandu Proton Alza itu melecur 80 peratus anggota badan ketika menyelamatkan diri dari kenderaannya yang terbakar. 





Pegawai Bomba Kanan II Yazid Ahmad, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar mengesahkan kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi mendapati api sedang marak membakar kenderaan itu dan anggotanya berusaha memadam api daripada merebak. Api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 9.20 malam. 

Mangsa yang melecur di hantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut berkaitan kejadian yang berlaku.

Video itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang beranggapan kejadian itu merupakan prank. 


Kredit foto - Instagram Kosmo Online

Ada yang mempertikaikan mengapa perakam video tidak membantu mangsa.


Kredit foto - Instagram Kosmo Online


Dalam masa yang sama, ada juga netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa dan berasa agak kagum melihat ketenangan mangsa tersebut.

Kredit foto - Instagram Kosmo Online

Apapun, harapnya mangsa berkenaan cepat sembuh dan urusannya dipermudahkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikuren 17-2-2022 11:59 AM
Update :

Lelaki tu bakar diri sendiri sebab kecewa bekas GF ada kekasih baru....
Quote Supersirap 17-2-2022 01:54 PM
Semoga kita mendapat info yang sahih
Quote cmf_PariS 17-2-2022 02:21 PM
sakit mental kesian.. tp yg record pun sama mental! kau tlg la padamkan api tu hanat!
Quote rikiruj 17-2-2022 02:24 PM
80% burnt susah nak selamat tu..
Quote jijilaaa 17-2-2022 02:32 PM
mmg betul la kot dia mental...sbb kalau dia normal, mesti dah berguling2 atas tar cuba utk padamkan api. naluri manusia nak teruskan hidup, mesti akan berusaha utk selamatkan diri
Quote nononcrux 17-2-2022 04:21 PM
mcm robot, tapi yg record tu gigih btl ye..
Quote sukacactus 17-2-2022 04:27 PM
Edited by sukacactus at 17-2-2022 05:43 PM

Dah byk kali try nak bunuh diri, siang tu try minum racun lg tu
Masa tgh terbakar tu rasanya dia intoxicated tu siap boleh buat thumbs up lg
Mangsa bangsa cina

Update: mangsa dah meninggal dah pun
Tercapai la hasrat dia mau pergi mati
Quote matchstick 17-2-2022 04:43 PM
Aku garu kepala tgk video tu..hairan tak rasa sakit ke dia
Quote laradelara 17-2-2022 08:27 PM
Kesiannya..melecur 96% mesti sakit sgt tu. Salam takziah pada family arwah
Quote Supersirap 17-2-2022 08:42 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote mr_cool5885 17-2-2022 09:35 PM
Camne la gf dia lepas ni mesti trauma teringat2 kalau dia ada tengok video bf dia ni.
Quote Nham22 17-2-2022 09:40 PM
Aku tepok dahii tgk mcmane mangsa boleh releks2x api kat badan....oo faham rupenye mmg dah hopeless untuk hidop... Rip
Quote sambaldurian 17-2-2022 10:25 PM
Dh mcm citer seram pulak dia jalan ke depan ke depan. Kereta tu pun auto mengundur takut kereta dia yg terbakar. Klu aku pun mengundur tgk org tu jln ke depan ke depan gitu, mcm dia nk heret kita biar sama2 terbakar.
Quote namieamuro 17-2-2022 10:28 PM
dh meninggal dh pn. mmg nekad nk mati kan.
Quote rikuren 18-2-2022 07:42 AM
rikiruj replied at 17-2-2022 02:24 PM
80% burnt susah nak selamat tu..

15 jam lepas bakar diri sendiri dgn petrol, dia mati kat spital
Quote rikuren 18-2-2022 07:43 AM
matchstick replied at 17-2-2022 04:43 PM
Aku garu kepala tgk video tu..hairan tak rasa sakit ke dia

bila dah terbakar cam tu dah abis sume saraf sakit tu sekali terbakar..dia tak rasa apa dah
Quote Belibis 18-2-2022 07:56 AM
rikiruj replied at 17-2-2022 02:24 PM
80% burnt susah nak selamat tu..

Baca berita tadi dah arwah..
Quote pearl.silver 18-2-2022 08:23 AM
Klu kita jumpa org terbkr mcm tu, apa caea nk tolong?
Kita xleh selimut bdn dia utk padam api kn. Nnt kain selimut tu melekat kt badan dia?
Quote akusukaq 18-2-2022 08:58 AM
rikuren replied at 18-2-2022 07:43 AM
bila dah terbakar cam tu dah abis sume saraf sakit tu sekali terbakar..dia tak rasa apa dah

Ya yg sakit tu bila kena saraf.kalu saraf dah rosak dia tak rase apa apa pun

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056781 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top