Kemas kini di Instagram bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semasa Hari Kekasih pada 14 Februari menarik perhatian ramai.
Dalam perkongsian yang dimuat naiknya, Chong Wei meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan isteri tercinta, Datin Wong Mew Coo yang sarat hamil zuriat pertama mereka dan menggelar isterinya itu seorang wanita hebat. Selain berkongsi rasa kagum terhadap wanita yang dicintainya itu, Chong Wei juga berkongsi peristiwa penting dalam hidupnya di saat isterinya bersalin anak sulung mereka.
Menurut bekas atlet tersebut, memotong tali pusat anak lagi susah daripada bermain badminton. Orang ramai yang pada mulanya rasa terharu membaca kisah istimewa bekas jaguh badminton negara itu, kemudianya tertarik dengan nota tepi yang di tulisnya di akhir kapsyen. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT