CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Nak Jadi Aqish Yang Dulu, Gagal Pertahankan Ibu"

16-2-2022 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3952| Komen: 35

Meskipun segelintir pihak berasa dirinya dipergunakan ibu, Norashikin Mohd Aziz yang turut dituduh mengalami masalah ketagihan dadah, pelakon Puteri Balqis setia di samping ibu pada ketika susah dan senang.


Tegas Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 15, walau apapun yang terjadi, menjadi tugasnya untuk sentiasa berada di sisi ibu dan lantang mempertahankan syurganya itu.


Kredit foto: IG Balqis

“Sebab dia ibu kan. Ibu saya dikecam satu Malaysia, saya seorang sahaja yang akan mempertahankan dia. Siapa lagi.


“Kalau nak harapkan orang lain sebenarnya, ada sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan kami tapi mereka tak nak dengar.

“Jadi, saya yang akan lantangkan suara untuk ibu dan apabila ibu menulis, saya yang angkat kata-kata indah ibu sebab saya anak dia,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Menjawab tentang tuduhan melulu orang ramai bahawa ibunya seorang penagih dadah, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu menafikan perkara tersebut.

“Apabila mereka cakap tentang addiction (ketagihan dadah) apa semua, saya cuma boleh cakap, ibu dari dulu orangnya memang kurus.

“Masalah metabolisme. Jadi, memang tiada kena mengena dengan addiction. Kalau bercakap dengan ibu, orangnya sangat indah. Kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat poetic (berpuisi).

“Jauh beza kalau nak disamakan dengan addiction. Sejak bila? Dan fitnah itu besar tapi saya tak boleh tutup mulut orang,” getusnya.


Kredit foto: IG Balqis

Sehubungan itu, pelakon drama Akulah Balqis itu berkata, selari dengan kematangan hidup, dialah ‘suara’ buat ibunya yang semakin hari, semakin dimamah usia.

“Saya akan lantangkan suara apabila netizen cakap, tak usah pertahankan ibu sangatlah, menjengkelkan dan sebagainya. Saya nak tanya, siapa lagi nak pertahankan kalau bukan saya?

“Saya sahaja yang ada dan saya akan terus pertahankan ibu. Saya tak nak jadi Aqish yang dulu, yang gagal untuk pertahankan ibu kerana itu satu kesilapan besar.

“Jadi sekarang ini, saya tak kisah apa orang nak cakap, annoying (menjengkelkan) ke, itu ibu saya,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 16-2-2022 05:59 PM
Kt tgn dia tu tatoo ke
Harap2 kudis la
Quote nakkomenjugak 16-2-2022 06:12 PM
Iyelahhh dekkkk
kesian ko dekkk
seriously
anak defend mak
mak defend anak
apak MIA diam tak berkutik
defend anak yilek defend ex wife pun yilekkk
Ikutkan iol lantak ko laa dekkk
moga hidup kome berdua bahagia
Quote dealova04 16-2-2022 06:16 PM
betul la kan selama ni mak dia la yg punya ayat . terlepas ckp dh budak ni
Quote djzara81 16-2-2022 06:27 PM
Zmn remaja hanya sekali dik Aqish. Jgn terlalu siksakan diri kamu semata2 nk menangkan mak kamu. Kesian..muda2 terpaksa jd dewasa.
Quote prettyuglybabe 16-2-2022 06:27 PM
dealova04 replied at 16-2-2022 06:16 PM
betul la kan selama ni mak dia la yg punya ayat . terlepas ckp dh budak ni

esok keluar artikel correction
Quote Lagubestbest 16-2-2022 06:45 PM
mak dia mental sebab netizen ke? dan dia pulak hidup tunggang langgang sebab netizen ke?
Quote Lily_Elizabeth_ 16-2-2022 06:46 PM
Mak dia nampak kusam tak berseri. Rambut kering. Kena invest on hair mask ni.
Quote AshkieLa 16-2-2022 06:51 PM
lantak ko la..
berlakon pun drpd dulu overrated...
so next...
Quote manehnya 16-2-2022 07:04 PM
Lantak kau lah

Kau sapa
Quote AcikBuncit 16-2-2022 08:11 PM
Dia ni kalau kuar cter xabis2 pasal dia dgn mak dia je.. Xda benda lain ke. Bosan
Quote beatgirlX 16-2-2022 08:16 PM
Apa pun moga baik2 je la..
All the best
Quote kiah_mai_pulak 16-2-2022 08:17 PM
mak kau kalau dh kebulan mmg lah poetic amatt.   yihhhhhhh. kurus kering, muka kusam, bertatu bagai, masih x nk mengaku n defend mak nya bukan addiction
Quote naina 16-2-2022 08:23 PM
So mak dia lah nak buat buku tu ayat puitis2
Dik..penagih memang ayat dia manis2, puitis2 melayang2 diawang2an kalau dengar
Tapi iols tak tuduh mak dia mendadih lah since dia dah nafikan ayat atas tu
Quote Tembikaigoreng 16-2-2022 08:28 PM
Siapa mak siapa anak ni? Tugas si anak pulak nak menjawap benda² macam Tu
Quote Lily_Elizabeth_ 16-2-2022 09:18 PM
AcikBuncit: Dia ni kalau kuar cter xabis2  ...

Dah itu je 'benda' aqish ni ada. Sian lah pulak kan. Umur 15 tapi kena lak jaga mak bulan dia tu  Nak cerita pasal ip 13 tak kut, tak de duit maybe. Apa jadi dapat derma tu 100k tu ya. Cam dulu dulu sama je keadaan dia. Mak dia tetap kusam.
Quote Perawankota 16-2-2022 09:39 PM
Sakit dia acaner?
Quote Minami2013 16-2-2022 09:45 PM
Bukan tugas hang.. tugas mak hang aqish oi.. u masih underage.
Quote zuri154 16-2-2022 09:49 PM
Obses sungguh dgn maknye. Bagus la patuh dgn ibu. Anak yg taat
Quote Jijoli 16-2-2022 10:34 PM
Kdg beriya iya nak ubah kesilapan lama tak  boleh juga, , sederhana beristiqamah tu yg eloknya, otak pun tak strees

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.256539 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top