CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenyang Makan Rasuah? Polis Perak Lindungi Sindiket Pelacuran, Judi Online Adalah Fitnah

16-2-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1237| Komen: 4

Polis Perak menafikan dakwaan pihaknya melindungi sindiket perjudian dalam talian dan pelacuran yang berleluasa di empat daerah di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, maklumat yang didedahkan oleh akaun Twitter 'Edisi Khas' mendakwa polis turut 'kenyang' terima rasuah juga tidak benar dan bersifat fitnah.


Gambar hiasan

"Maklumat tersebut bagi saya merupakan fitnah kerana dia kata ramai pegawai mengambil kesempatan dengan kegiatan itu.

"Dia patut tampil memberi maklumat supaya kita boleh bertindak. Jangan baling batu sembunyi tangan. Kalau betul, kita ada pihak tertentu yang buat siasatan.


"Sekiranya takut beri maklumat, gunalah saluran yang betul. Ada akta yang boleh melindungi dia tanpa mendedahkan identiti pelapor. Sesiapa ada maklumat berkaitan kegiatan haram di Perak boleh tampil beri maklumat," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai ciapan di Twitter @ED_EdisiKhas mendakwa Manjung, Batu Gajah, Ipoh dan Teluk Intan penuh dengan kedai-kedai judi dalam talian, pusat hiburan dan pelacuran.

Menurutnya, maklumat yang disalurkan perlulah tepat bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan lanjut membanteras kegiatan yang didakwa berlaku di kawasan tersebut.



"Maklumat yang diberikan itu secara am dan sekiranya boleh diberikan lokasi tepat, kita boleh ambil tindakan.

"Saya mengesahkan tiada kegiatan pelacuran, bagi perjudian mungkin ada tetapi kami akan mengambil tindakan serius terhadap kegiatan ini," katanya.

Kata Mior Faridalathrash, kesemua 15 ketua polis daerah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan haram itu di kawasan masing-masing.

"Kalau kita buat serbuan di pusat-pusat hiburan yang menggajikan warga asing menjadi pelayan pelanggan (GRO), kita akan tulis surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membatalkan lesen.

"Polis Perak bagaimanapun tidak akan berkompromi dengan kegiatan itu. Jadi saya ingin tegaskan bahawa maklumat tersebut tidak benar," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helle 16-2-2022 05:44 PM
Dah berak tengah jalan..sape nak mengaku
Quote Skuau 16-2-2022 05:56 PM
kang...orng yg 'bgtau' pulok yg disiasat...'hingga ke titisan darah terakhir'....
Quote salimrock 14-2-2023 06:54 PM
sindiket ni licik tuan2, bila polis buat operasi mereka berjaya meloloskan diri,

dan sekiranya di tangkap, mereka akan mengambil peguam yg hebak,

dan mereka tidak akan didapati tidak bersalah,

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.166072 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top