Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi mengakui berasa tersentuh dengan dedikasi yang dikongsikan oleh penyanyi senior, Ziana Zain bersempena hari lahir adiknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Anuar Zain di program radio, Santai Siang, Buletin FM.
Ziana sewaktu dihubungi difahamkan tidak dapat menahan air matanya ketika membicarakan mengenai hari istimewa adiknya itu. Menurut Haiza, dia sebenarnya tidak menyangka momen yang pada awalnya gembira berubah menjadi sedih. Dalam ucapannya itu, penyanyi lagu, Madah Berhelah ini menitipkan doa semoga Anuar sentiasa berikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Dalam pada itu, Haiza turut merakamkan ucapan penghargaan buat Ziana yang sudi meluangkan masanya untuk muncul di segmen radio kendaliannya. Katanya lagi, kedua adik beradik ini sememangnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang sangat utuh. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama menzahirkan rasa sebak selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Anuar. Sumber: Media Hiburan
|
cheezel replied at 16-2-2022 06:13 PM
Buletin fm ni ok gak. Tak byk iklan. Perbincangan pagi2 tak merapu tak gelak berdekah. Dj dia presen ...
faraway1 replied at 17-2-2022 03:34 AM
Tajuk ingatkan adik dia meninggal
hashashes replied at 16-2-2022 10:20 PM
Masa kak Jenna cerai dulu pun bang nuar teman g court sekali. Memang rapat adik beradik
beta_carotene replied at 16-2-2022 09:28 PM
ya betul. ni fav radio meols skrg..
meols suka slot haiza, dari penyanyi dangdut ke host radio yg ...
twins replied at 17-2-2022 10:49 AM
penyanyi lelaki yg paling aku suka suaranya.... Anuar Zain
stinger987 replied at 17-2-2022 11:01 AM
Terlalu control skema macho at times...jadi macam tak real...
epullipan replied at 17-2-2022 10:12 AM
aku igtkan haiza tu haiza dag dig dug upenya org lain
ADVERTISEMENT