Sebuah video dikongsi seorang wanita dari wilayah Jakarta Timur, Indonesia menerusi laman TikTok memperoleh hampir 9 juta tontonan memaparkan majlis perkahwinan jirannya yang diadakan secara besar-besaran.
Bagaimanapun, khemah-khemah yang dipasang telah menghalang laluan utamanya untuk masuk ke pintu rumah. Menerusi video pendek yang dikongsikannya di TikTok, difahamkan, dia baru sahaja pulang dari tempat kerja, namun terpaksa berjalan melalui khemah yang sedia ada serta berselisih dengan tetamu yang hadir ketika majlis berlangsung.
Apa yang melucukan apabila pemilik video ini terpaksa berjalan melalui susunan kerusi yang dipenuhi dengan para tetamu, kipas angin besar serta perhiasan khemah sebelum tiba di satu kawasan yang telah ditutup dengan kain berwarna kuning. Dia kemudian perlu menyelak kain berkenaan bagi membuka pintu rumahnya seperti biasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan nasib menimpa wanita itu selain menitip pesanan ‘mesra’ kepada jirannya supaya tidak menyusahkan orang lain. Sumber: OhBulan
|
anony-mous replied at 16-2-2022 05:27 PM
Style2 mcm ni mmg dari yindon caprut. Lepas tu bila ramai bertapak dkt malaysia, bawak budaya ni ke ...
felinecat replied at 16-2-2022 11:51 PM
Tengok la area Gombak tu. Ade kampung tu kt situ
ADVERTISEMENT