Ini adalah kisah benar yang berlaku pada masa kini. Seperti yang diceritakan oleh salah seorang Amil Zakat, Tuan Faisal Rahim melalui ciapan twitternya, hari ini sudah menjadi trend anak-anak menyerahkan tugas menyara ibu bapa kepada institusi zakat.
Alasan yang diterima adalah mereka bergaji kecil dan mempunyai anak tetapi apa yang paling menyedihkan anak-anak yang mempunyai rumah besar juga melakukan perbuatan yang sama. "Saya bayar zakat. Jadi apa salahnya zakat bantu mak ayah saya." kata tuan Faisal apabila pihak zakat menghubungi anak-anak mereka yang berharta itu. Memang terdiam seketika. Berbeza sungguh dengan masyarakat Cina yang majoritinya akan bawa ibu bapa tinggal sekali dengan mereka. Ibu bapa sanggup jual rumah kampung dan hasil tersebut bantu anak-anak beli rumah yang selesa dan tinggal bersama hingga akhir hayat. Itulah cara masyarakat cina menjaga keluarga mereka. Kes mengabaikan ibu bapa ini membimbangkan pada masa akan datang. Dalam ciapannya mengharapkan pemerintah untuk mewujudkan akta bagi menjamin hak ibu bapa yang diabaikan anak-anak yang berkemampuan menjaga. "Ya, memang zakat boleh bantu. Tapi si anak tetap berdosa kerana mengabaikan ibu bapanya." tegasnya lagi. Memang keadaan ini telah lama berlaku. Namun ibu bapa yang sudah tua tidak mampu lagi untuk bersuara kerana tiada daya. Hanya menurut sahaja tindakan anak terhadap mereka. - CARI
|
makadek replied at 16-2-2022 05:54 PM
Aku mmg tak bg anak2 aku duk dgn aku tp buat rumah sblh2 tak apa tp nk berkongsi dapur takleh
Tapi ...
hasniey replied at 17-2-2022 10:59 PM
Cina ramai duduk dgn mak ayah tp melayu xbuat?dia mengarut apa ni?
Melayu kt mana yg xde buat mcmtu? ...
anony-mous replied at 22-2-2022 12:33 PM
Rasanya dekat situ dah dpt jawapan kan? Parent cina sanggup jual rumah / tanah dkt kg & siap bantu d ...
ADVERTISEMENT