CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Belum Mati, Kenapa Agama Anak-anak Saya Ditukar?"

16-2-2022 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11545| Komen: 172

Ibu tunggal, Loh Siew Hong masih tidak disatukan dengan tiga anaknya walaupun akhirnya dapat mengesan lokasi mereka, setelah bekas suaminya menukar agama mereka secara sepihak tiga tahun lalu.


Tiga anaknya - kembar berusia 14 tahun dan lelaki berusia 10 tahun - bertemu sekejap dengan ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di Perlis semalam.



Namun, mereka kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, sementara menunggu keputusan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Loh yang dalam keadaan sedih memberitahu Malaysiakini yang dia kini dihalang JKM untuk melawat anaknya, walaupun dia pada mulanya diberitahu dapat bertemu selama sejam setiap hari, dengan syarat melakukan ujian Covid-19.


Hari ini dia diberitahu tidak dapat melawat ekoran peningkatan kes Covid-19.

“Saya hanya mahu menangis. Saya tidak dapat jelaskan perasaan saya. Walaupun akan kini ada di depan mata, saya tak boleh bawa mereka bersama.

“Saya beritahu mereka, saya tiada masalah dengan sebarang agama mereka asalkan mereka bersama saya.

“Tanyalah mana-mana agama dan jawapannya ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’. Jadi mengapa mereka cuba pisahkan anak-anak dengan saya?” soal Loh yang terus menangis apabila ditanya berkenaan terpisahnya dia dengan tiga anaknya.

Kata Loh lagi, dia sangat teruja untuk melawat anak-anak hari ini, dan membawa baju baru dengan warna kegemaran mereka serta memasak makanan kegemaran mereka.

Malangnya, kata Loh lagi, dia tidak berpeluang untuk memberikan barangan tersebut.

Loh dan suaminya, Nagahswaran Muniandy berpisah pada Mac 2019, dan tidak lama kemudian wanita itu terasing dengan anak-anak.

Nagahswaran dilaporkan melarikan tiga kanak-kanak itu ketika ketiadaan Loh dan menukar agama dan menempatkan mereka di sebuah NGO berkaitan Islam.

Nagahswaran kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan dadah.



Selepas penceraian mereka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan hak penjagaan mutlak kepada Loh pada Mac 2021, dan dia menghabiskan sembilan bulan mencari mereka sebelum meminta bantuan polis Bukit Aman.

Dia kemudian mendapati anak-anaknya bersama sebuah NGO mualaf. Seorang anggota NGO itu pada mulanya tidak membenarkan Loh bertemu mereka, tetapi wanita itu kemudian dilaporkan menghubungi Loh setelah dia membuat laporan polis.

Ketika pertemuan kali pertama di IPD Kangar semalam, Loh berkata anak-anaknya kelihatan sudah bersedia untuk kembali bersamanya.

“Anak bongsu saya duduk atas riba dan peluk saya, dia kata ‘ibu, saya nak ikut ibu’,” katanya.

Dua anak kembarnya juga bertanya sama ada dia ingin menganut Islam, kata Loh lagi.

“Saya beritahu mereka, selagi mereka bersama saya, saya sanggup lakukannya. Saya sudah pun di tahap ini. Berapa tahun saya cari kalian dan sekarang kalian minta ini, baiklah, saya terima,” kata Loh.

Namun apabila ditanya jika dia benar-benar sanggup untuk menukar agama demi bersatu kembali dengan anak-anaknya, Loh tampak ragu-ragu.

“Saya cuma jawab untuk mereka (anak-anak), tapi dalam hati saya, agama saya Hindu, bagaimana boleh tukar (begitu saja),” keluhnya.

Loh seperti masih berasa tidak berpuas hati dengan penukaran agama anak-anaknya di saat dia - ibu mereka - masih hidup.

Kata Loh, dia malah membangkitkanya dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis semalam yang menunjukkan dokumen bahawa agama kanak-kanak tersebut telah ditukar kepada Islam.

“Saya tanya dia bagaimana ini boleh terjadi. Saya masih hidup, belum mati dan tanpa kebenaran saya, agama anak-anak saya ditukar. Kenapa?

“Jika mereka sudah berusia lebih 18 tahun dan mahu pilih agama sendiri, saya tak kisah.

“Tetapi sekarang mereka masih kecil, belum tahu betul salah, belum tahu bagaimana buat pilihan, bagaimana anda boleh paksa mereka?” katanya lagi.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 16-2-2022 04:13 PM
salahkan bekas laki dia la..
bukan pihak lain yang pandai-pandai tukarkan agama mereka..
Quote Skuau 16-2-2022 04:20 PM
sapa yg tukar agama anak dia?(drp perspktif dia@si ibu).Artikel tulis..bapa dia yg tukar...
Quote krustykrab 16-2-2022 04:45 PM
Bapak pun
Kalau aku jd pompuan ni pun aku marah...anak2 aku kot pulangkan je la balik kt aku..takkn nk simoan kt jkm pulak
Quote Suchi 16-2-2022 04:47 PM
Oh dia cina pastu agama hindu ke?
Yg laki dia agama apa? Nama masih macam hindu.
Pastu tiba anak2 dia dah jd mualaf plak sbb duk umah kebajikan mualaf ke?
Nak tanya mmg umah kebajikan boleh suka2 hati tukar agama budak yg duk situ ke walau leluhur agama lain?

Anak2 dia kira chindian tp kuat sangat genetik apaknya biasanya chindian muka cam melayu
Quote LoveSungmin 16-2-2022 05:02 PM
kes india yang sorang tu pun tak setel² lagi.. ni ada lagi kes yang sama.. korang bersedapan kawen buat anak.. bila bercerai menyusahkan orang..
Quote Samerosie 16-2-2022 05:28 PM
Suchi replied at 16-2-2022 04:47 PM
Oh dia cina pastu agama hindu ke?
Yg laki dia agama apa? Nama masih macam hindu.
Pastu tiba anak2 di ...

Semalam iol ada jumpa.  ceritanya tahun 2019 tu dia gaduh dgn laki dia tabuh dia sampai masuk spital patah kaki.  Masa dia kat spital, laki dia bawa lari anak2 dia.  Masa tu dah cerai ke camne ntah mahkamah bagi dia hak penjagaan anak2. Lps tu laki dia ni mat pit, masuk lak jail kat Kelantan (jauh naw kan sampai ke kelantan dia mendadih), so dia setuju JKM jaga sampai dia baik. tup tup anak2 dia dah jadi muslim dgn laki dia...so since then dia dok mintak balik anak dia tapi tak dapat2 JKM bg alasan banyak.

Ha tu la citer nya kalau baca suratkhabar melayu.
Quote mejaputih 16-2-2022 05:42 PM
so bapaknya di mana skrg? kembali mendadih dan tinggalkan anak2 di JKM ke? bukan ke hak penjagaan dpt kat ibu dorg?
Quote JunkMail 16-2-2022 05:45 PM
Alahai kesiannya... Konflik betul macam ni bila pejabat agama Islamkan bapak+ anak tapi bapak tak bertanggungjawab + mat pit pulak.

Bagilah balik anak2 dia.
Quote krustykrab 16-2-2022 05:47 PM
Samerosie replied at 16-2-2022 05:28 PM
Semalam iol ada jumpa.  ceritanya tahun 2019 tu dia gaduh dgn laki dia tabuh dia sampai masuk spit ...

Rasanya mcm laki dia nk aniaya dia nih...sb dia tau kalau dia masuk islam sekali dgn anak2, akan menyusahkn bini dia...
Pada aku pulangkn la balik kt mak dia...ngo islam blh pantau...
Quote mejaputih 16-2-2022 05:50 PM
tu la pulangkanlah anak2 tu...anak2 tu dah besar, takut dorg memberontak nak mak dorg gak nanti dorg taknak practice islam. better dipulangkan, kalau ditakdirkan nur islam masih dalam hati anak2, insyaAllah dorg lagi appreciate dan hormat Islam.
Quote ang_bess 16-2-2022 05:58 PM
Sian budak2 ni. Tukar agama ape ker bukan tau apa. Jabatan agama dan jkm pulang la balik budak ni kepada ibu nya. Mmg itu court punya keputusan. Budak tu tukar agama hindu balik pun apa boleh buat. Dorang masih budak2. Ikut jelah mak pak.
Quote makita 16-2-2022 05:59 PM
Cerdik bapak dia. Ni semua sbb tanak beri anak kat bini la. Tukar agama siap2. Patu bukan pada agama lain lak tu. Kalau meols jadi mak, mmg dah gila dah ni. Mak dia hidup lagi jadi tak perlu JKM halang. Takut mak dia murtadkan anak? Eh tu anak dia lah yg dia lama cari.
Quote Samerosie 16-2-2022 06:03 PM
krustykrab replied at 16-2-2022 05:47 PM
Rasanya mcm laki dia nk aniaya dia nih...sb dia tau kalau dia masuk islam sekali dgn anak2, akan m ...

I pun rasa, and also i rasa laki dia saja2 je convert sebab new converts dapat duit chuols dari jabatan ugama.  dapat duit dia beli benda tu la.  orang dadih ni dia pedulik apa ye dak.  yg i heran camne dia boleh masuk jail kat kelantan padahal derang dari kuala perlis.

Mangsa ni punya lah sanggup buat anything for her children even converting as long as they can be together, itu pun tak nampak lagi ke JKM etc?  Dah la hak penjagaan legally dia dapat.  
Quote Lagubestbest 16-2-2022 06:03 PM
Sebelum ni dia kemana? Tiga tahun lepas cerai + anak-anak ditukar agama. Dapat hak jagaan tahun lepas. Sekarang baru jumpa.

JKM maybe ada alasan tanak lepaskan sebab mak pak ni dalam proses bergaduh teruk + hidup lintang pukang nak tanggung diri sendiri pun ntah boleh ke tak je lagi. Tengok tu cakap pun menipu lagi, ntah2 nanti2 dah dapat anak dipukul suh jadi hindu bagai ape.
Quote darkness 16-2-2022 06:06 PM
Jangan salahkan org lain lah. Salahkan laki ko ja
Quote krustykrab 16-2-2022 06:08 PM
Samerosie replied at 16-2-2022 06:03 PM
I pun rasa, and also i rasa laki dia saja2 je convert sebab new converts dapat duit chuols dari ja ...

Pasal.penjara kt tmpt lain tu biasa je sis..sb ada org yg i kenal, wife dia masuk penjara kt perak wpun kesalahan kat kelate. Tak ingta dh reason apa...kesian pompuan ni disbbkan laki pemalas keje, nk sara anak2 pompuan ni jual dadah...kantoi tu yg masuk dalam...
Quote dani-rox 16-2-2022 06:39 PM
laki dia dlm taik dadah tuh, licik jugak... tahu agama mana yg dia boleh weaponized utk kenakan ex wife.
Quote zacEfron 16-2-2022 06:48 PM
isu tgh panas ni.. hgg kan keling dap penang tuduh pihak berkuasa agama perlis culik budak 3 org ni..
Quote zacEfron 16-2-2022 06:56 PM
maza ada jumpa / temubual kembar pompuan 14 tahun  .  depa kata takda siapa pun paksa depa masuk islam.. mmg depa minat dgn islam.. bukan ikut bapa.. dan maza tanya lagi.. kalau di bg pilihan.. depa nak pilih islam atau agama asal hindu..  depa pilih islam

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047970 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top