CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gajah Disyaki Mati Sebab Makan Racun, Baja Kimia

16-2-2022 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 613| Komen: 0

Padang Terap: Seekor gajah betina berusia 20 tahun yang ditemukan mati dalam keadaan terduduk di Bukit Makgak berhampiran Empangan Pedu di sini semalam berkemungkinan termakan racun atau baja kimia tanaman.


Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, bagaimanapun siasatan lanjut berhubung punca kematian haiwan itu masih dijalankan.

“Kakitangan bahagian forensik Perhilitan mengambil sampel dari gajah tersebut untuk dibawa ke makmal di Kuala Lumpur untuk analisis dan kajian selanjutnya.

“Sehubungan itu, kita perlu menunggu sehingga laporan dari makmal itu siap untuk mendapatkan punca sebenar kematian haiwan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Foto: Utusan Online


Kata beliau, pada tahun lalu, seekor anak gajah ditemukan mati akibat termakan racun di sini.

“Saya ingin menasihatkan kepada peladang yang mengusahakan tanaman di kawasan itu supaya menyimpan baja atau racun tumbuhan di tempat yang selamat iaitu di dalam stor.

“Pedu merupakan kawasan habitat gajah dan sudah pasti haiwan itu akan berkeliaran di hutan tersebut,” jelasnya.

Katanya, difahamkan terdapat peladang menyimpan racun atau baja di bawah pokok.

“Oleh itu tidak hairanlah sudah terdapat beberapa kes gajah yang mati di kawasan itu berpunca daripada keracunan makanan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bangkai gajah itu telah ditanam di satu lokasi di daerah Padang Terap menggunakan jentolak pada pukul 8.30 malam semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seekor gajah betina berusia 20 tahun seberat dua tan ditemui mati di tepi jalan di Jalan Empangan Pedu, Bukit Makgak di Pedu dekat sini. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.029982 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top