Tahun lepas rakyat boleh membeli self-test kit COVID-19 di kedai runcit ataupun beli di farmasi berdekatan dengan harga yang mampu milik dan tidak perlu pergi ke hospital untuk membuat ujian saringan kerana anda boleh lakukan di rumah sendiri. Tetapi ada ciapan tular di laman media sosial Twitter dimana seorang netizen meluahkan perasan tidak puas hati kerana harga self-test kit itu makin menaik dan tidak boleh dikira harga mampu milik lagi. Penulis ciapan tersebut mempersoalkan kenapa harga sekotak sudah tidak lagi dalam lingkungan RM4 hingga RM6, tetapi apabila pergi setiap farmasi yang diperginya semua self-test kit itu berharga RM8 ke atas. Difahamkan, penulis itu juga mempersoalkan bagaimana untuk dirinya melakukan ujian tersebut sebanyak 3 kali seminggu jika harga sekotak itu sudah semahal itu. Ramai juga menghadapi isu yang sama, sepatutnya harga sekotak jenama test kit tersebut hanya RM4.50 tetapi harga sekotak sekarang adalah RM10 ke atas. Tetapi ada juga berkata yang tidak semua tempat mengalami isu itu dan bergantung pada jenama yang mahu dibeli, lebih-lebih lagi jika membeli di farmasi. -CARI |
Normabaru replied at 16-2-2022 04:30 PM
Tulis BM xclass so tulis English tp sepah2 tatabahasa..
krustykrab replied at 16-2-2022 06:57 PM
Omputih tu kaka...miss atomic bomb
ina_na replied at 16-2-2022 08:16 PM
Aku bl kat farmasi semalam .yg bawah lidah tu..katanya yg baru..x yah kumpul kahak dah..sekali Gan m ...
hashashes replied at 16-2-2022 10:33 PM
Laki aku beli yang bawah lidah tu 10hengget sekotak. Tu yang paling mahal. Yang test kit air liur ...
ina_na replied at 16-2-2022 08:16 PM
Aku bl kat farmasi semalam .yg bawah lidah tu..katanya yg baru..x yah kumpul kahak dah..sekali Gan m ...
joeyss replied at 16-2-2022 08:12 PM
Berapa harga jualan dia sebenarnya? Aku tgk ada rm4.90, ada rm6.90, ada rm9.90. Paling mahal aku jum ...
ADVERTISEMENT